Friday, October 7, 2011

Ana Dahlia & Chef Riz Nikah 11 Disember

assalamualaikum u ol..

sebelum ni KIC ada post 
memang cantik dan berseri2 pelakon Ana Dahlia ni..
KIC suka baju dia..

pasangan ni akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember selepas dipersetujui
pada majlis pertunangan tersebut..
Ana Dahlia akan menerima RM20,000 sebagai wang hantaran..
jom kita baca apa kata Ana Dahlia tentang majlis pertunangan nya..




Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu. Majlis berlangsung secara sederhana pada pukul 1 tengah hari dan tamat pada dua jam selepas itu. Memandangkan saya tunggu di dalam bilik, rasa hati tidak tenang dan ingin tahu apa yang mereka bincangkan.

Selepas perbincangan mengenai perkahwinan selesai, barulah keluarga kami saling berkenalan. Saya gembira, keluarga ayah Riz, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah.

Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai. Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status 'janda'. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu. Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh..


tahniah KIC ucapkan kepada pasangan ni..
moga majlis pernikahan nanti berjalan lancar..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ..

3 comments:

Unknown said...

tahniah!!kahwin gak anak chef wan ni

~naddy~ said...

untung bini dye tak payah masak.. heheheh

zahidah seran said...

syioknye dapat laki pandai masak..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...