Monday, October 31, 2011

Peserta MasterChef Malaysia Tak Handal Masak

assalamualaikum u ol..




waktu cuti sem minggu lepas, KIC sempat tengok rancangan 
MasterChef Malaysia Kat Astro..
bab masak2 ni KIC memang minat..walaupun KIC tak pandai sangat masak2 ni..
tapi bile tengok rancangan macam ni rasa excited pula..
tapi sayangnya tiap2 masakan yang di tunjukkan tu tak membuatkan KIC terliur pun..
makanan yang dipersembahkan biasa2 je..
mungkin masih awal lagi..
taring peserta2 pun belum keluar lagi..
tapi bila dengar pasal MasterChef Malaysia ni nampak gah kan..
kita harap peserta2 dapat tampilkan masakan yang menarik..
tapi KIC tengok belum ada lagi yang betul2 buat penonton terliur kot..
mungkin ini cuma pandangan KIC je..
KIC pun bukan pakar dalam bidang masakan..
nak tau pendapat kena lah tanya pada yang pakar..
sapa lagi kalau bukan CHEF WAN..


Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu.

Setakat ini tidak ada lagi persembahan makanan yang boleh membuka selera saya. Semuanya tidak menjadi. Kalau kita tengok versi Australia, persembahan mereka sahaja sudah boleh membuatkan kita terliur.

Saya beri komen ini bukan kerana tidak puas hati saya tidak menjadi juri tetap dalam program ini atau hendak menjatuhkan sesiapa, tetapi saya mahu kesilapan ini diperbaiki pada masa akan datang. Mana tahu selepas musim pertama ini akan ada MasterChef Malaysia musim kedua. Apa yang saya luahkan ini adalah luahan yang sama daripada peminat-peminat di laman Facebook milik saya. Bukan sengaja hendak cari kelemahan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu mereka diketawakan.

Saya cadangkan kepada produksi supaya menjalankan pemilihan yang ketat. Pastikan mereka benar-benar berbakat. Memang rancangan ini untuk amatur, tetapi janganlah sehingga tidak pandai masak. Penonton sendiri boleh menilai sama ada orang itu pandai memasak atau tidak. Biar ambil masa yang lama untuk sesi ujibakat, asalkan hasilnya tidak mengecewakan.





Juri Masterchef Malaysia yang terlibat adalah 
Mohd Nadzri Redzuawan, 29 (Chef Riz), Moh Johari Edrus, 55 (Chef Jo), 
Zubir Bin Md.Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya bin Hassan, 49 (Chef Yahaya) dan Priya Menon.


bagi KIC barisan juri dah ok..
cuma juri perlu komen secara menyeluruh..
aspek komunikasi juri dengan peserta pun kena lah ok..
ni KIC tengok juri2 pun kaku je..
tak menyerlah langsung..
rancangan dah ok..tapi juri pula macam tak ada komunikasi yang baik..
cakap pun macam nak tak nak..
apa2 pun mereka semua sudah cuba yang terbaik..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

7 comments:

fieda said...

btul2..nama pun masterchef kan..kena la power sikit..

Anonymous said...

untuk pertama kali penyertaan kira dah ok la tu.. mungkin nanti akan ada perubahan kan.. :)

eB said...

x besa lagi kot x? :)

Anonymous said...

Lame2 pro la tue :)

epa:) said...

maybe kurang pengalaman (:

lynda said...

betul tu.nama bukan main gah.masterchef malaysia. dah tu masak xjaga hygiene !

Farhana Jafri said...

mlas nk tgk dh.. aritu tgk jap je tp ntahla xmnat lgsg tgk.. boring, xkreatif.. bkn nk kutuk tp realiti.. btter tgk bdak2 australia yg msak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...