Thursday, August 18, 2011

Kami Tak Berpecah - SEPAH

assalamualaikum u ol..


sebelum ni memang KIC ada dengar kumpulan yang menjuarai
Maharaja Lawak ni telah berpecah..
tapi itu mungkin khabar angin atau salah paham dari pihak media..
nasib baik lah kan..sebab bagi KIC kumpulan ni memang boleh pergi jauh..
kalau salah seorang tak ada, rasanya kumpulan ni akan patah kaki juga kot..
apa2 pun kita baca apa kata salah seorang anggota kumpulan Sepah, 
Shuib tentang isu perpecahan kumpulan sepah ni..




Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah. Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga..

Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu. Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.

Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami. Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing. ika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang..


harap2 betul lah apa yang Shuib ni cakap..
sebab KIC rasa kumpulan ni memang bagus dan ada keserasian..
jangan lah mereka berpecah sampai bila2..
mungkin ramai peminat yang akan kecewa nanti..


sumber: Mstar

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq.

4 comments:

Hans Hanis said...

moga betul apa yg shuib cakap
:-)

iman Haikal said...

harap2 la tak berpecah

aizadalias said...

walaupun jozan di hati..tapi minat sepah jugak..hehe..go2 ;p

kerja kosong said...

Kumpulan muzik, pelawak sebagainya dari Malaysia lebih cenderung berpecah bila dah famous... Kenapa yaa??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...