Wednesday, August 3, 2011

SOSEJ Ini Mengandungi DNA BABI

assalamualaikum u ol..

tinggal hanya berapa jam lagi umat islam akan berbuka puasa..
mesti macam2 juadah berbuka korang hari ni kan..
apa2 pun jangan membazir ye..
bercerita tentang makanan ni KIC nak kongsi dengan 
korang tentang isu yang memang patut korang tau..
lagi2 isu makanan yang mengandungi DNA Babi ni..
terkejut juga KIC dengar tentang berita ni..



ini lah dia sosej pulut dan kepingan ayam yang diimpot dari thailand 
yang mengandungi DNA Babi.


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.


dah lah di jual kat bazar..
dah tentu lah yang beli tu pun ada antara nya orang islam kan..
lagi2 bulan puasa ni kan..
emmmmmmmmm...
benda macam ni bukan boleh buat main..
isu halal & haram ni..
kadang2 pengunan pun mudah tertipu..
main beli je..
sepatutnya kerajaan beri lah garis panduan..
senaraikan produk2 yang memang tak halal ni..
ni main cakap je produk tu lah, ini lah tak halal..
tapi tak bagi tahu pun produk apa..
apa2 pun kena lah berjaga2 dengan makanan ni..
pastikan yang halal..


sumber: Metro

hadiah menarik menanti korang..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

5 comments:

amna said...

takutnya dengan perkara2 mcm ni.. kita ni bukan main takut2 nk pilih kt kedai, tpi di bazzar tu tak siapa tahu sumbernya :(

Blog Eazy Izzuddin said...

tak beli sosej lepas ni..
xD

halidaRahman said...

sekarang ni susah sgt la. banyak makanan yg tak halal kalau di ikutkan, tambah2 kedaim mahal2 tu. hurmm.

Unknown said...

lepas ni beli sosej ayamas @ ramly je la.dijamin halal.

baby ♥ said...

Ada dengar sosej ni mmg ada kandungan bab*. Budak2 suka sgt mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...