Thursday, August 4, 2011

KEJAM - Temui Mayat dikerat 15, dalam Mangkuk TANDAS

assalamualaikum u ol..

sangat2 meloyakan dan tragis lah..
KIC baca pun mengerikan..
banyak betul kes2 bunuh macam ni sekarang..
semalam KIC baru cerita tentang Terjumpa KEPALA MANUSIA di pelepah sawit
hari ni kes baru lagi..
apa lah nak jadi negara kita ni..
takut di labelkan kes jenayah tertinggi pula nanti..
yang ni kes kerat2 manusia..
aduuuhhh..dah macam cite seram dalam movie je..




AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.


Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.


Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.


Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.


“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi juga menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas. Setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu.


makin2 menjadi kes jenayah sekarang ni ye..
kadang2 kena waspada..
apa2 kemungkinan pun boleh berlaku..
penjenayah sekarang memang ganas2 belaka..
takut KIC dengar..


hadiah menarik menanti korang..


sumber: Metro

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

11 comments:

shaliza khairi said...

teruk da sekarang.
makin menjadi2 penjenayah nih.

Kak Yonk said...

ni mesti kaum kaum mona fendy yg masih bersisa ni. adehh ><

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

kejamnye!!

Cik Ecah said...

Astaghfirullah...mcm2 kan...

sara zainol said...

kejam, xda hati perut.. takot n sedey.. :(

alyana shafinas said...

wow...scary lahh...

Syazwan Che Deraman said...

tak sanggup membacanya.kejam gila..

Irma A.Wahid said...

ish teruk la org skrg ni...dunia da semakin tua~

AdinLala said...

Geli nyerrrr.. Ishhh, xde sifat berpekemanusiaan langsung !

Saya Menjemput Anda Untuk Sertai Segmen Ringkas Saye :)
- SEGMEN : Korang Dah Jadi Geng Terawih?

Han$ Xy said...

masyaAllah

Hasrul Hazrin said...

manusia...
ad sifat iri hati ngn benci.. kalu iman xd kt dada,mcm ni lah jadi.. diri sndiri pun abaikn..yg ingt pesanan syaitan(syaitan dh kene gari,tu r dorang tingglkn mesej kt manusia ni)
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...