KIC terbaca dalam Mstar online tadi..
dan agak terkejut juga lah..
ye lah kan..sapa yang nak dirinya digelar 'jamban'..
kalau KIC dah lama dah KIC lempang..huhuhu...=p
korang kenal kan Johan As'ari yang memegang watak botak dalam drama Juvana..
KIC rasa macam tak patut pula kalau dia digelar jamban ni..
agak keterlaluan pun ada..
tapi apa2 pun kita dengar dulu apa cerita disebalik ni semua..
Pelakon drama bersiri Juvana yang popular dengan watak Botak iaitu Johan Arrif As’ari,25, mendedahkan dia pernah diminta menukar nama kerana namanya sekarang dikatakan membawa maksud “jamban”.
Johan berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia menyertai aktiviti keagamaan bersama kumpulan tabligh di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu apabila didatangi seorang ustaz lalu bertanyakan nama penuhnya.
“Ketika di sebuah masjid, salah seorang anggota jemaah tabligh itu mendekati saya lalu bertanyakan nama.
"Ketika saya memberitahu nama penuh saya, terus dia meminta saya menukarnya kerana Johan itu membawa makna jamban,” katanya ketika diminta mengimbas kenangan pelik yang pernah terjadi dalam hidupnya selama ini.
Tambah Johan, kerana terkejut dengan kata-kata ustaz tersebut, dia tidak menghiraukan permintaannya sebaliknya menjelaskan nama Johan Arrif ialah nama yang cukup komersial dan tidak perlu di tukar selain Arrif itu sendiri bermakna bijak.
Selepas itu ujarnya ketika meninggalkan ustaz berkenaan untuk ke sebuah kedai runcit berdekatan, dia terperanjat apabila mendapati kedai itu secara kebetulan turut menjual selipar jamban yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bernama “Johan”.
Pengalaman itu kata Johan menjadikan dia seorang yang rendah diri dan sentiasa melihat keburukan namanya agar tidak terus alpa dan lupa dengan nikmat yang dikurniakan Allah.
“Saya juga percaya walaupun saya adalah “jamban” tetapi saya jamban yang bijak,” katanya bergurau.
Jelasnya, selepas melibatkan diri sebagai pelakon Juvana, dia mendapat banyak tawaran berlakon dan bersyukur kerana mampu meneruskan minatnya dalam bidang seni yang dicintainya selama ini selepas mengambil masa bertahun-tahun melakukan uji bakat.
ye ke maksud nama Johan tu 'jamban'?
macam tak percaya je kan..
sebenarnya KIC tak berapa arif tentang makna nama2 ni..
takut tersalah tulis pula kan..
tapi tadi KIC cuba juga cari makna nama Johan..
tapi tak jumpa pula..
KIC pun tak pasti ada ke tak makna nama Johan ni..
apa pandangan korang ye tentang ni...???
nak tgk biodata Johan As'ari ni..
klik Jom Kenal Botak Juvana ...
Jom join GIVEAWAY Special KECHIK ITU COMEL
hadiah menarik menanti korang...
sumber: Mstar
p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..
9 comments:
aikk.. bukan nama Johan tu maknenya pn baik ke,,?
pda pandagn aku, lakonan botak dalam juvana blum cukup mantap.. mungkin market nya pada muka, bkn bkt lakonan.. rezeki :)
Ehh, setahu Mira laa, nama Johan tu nme yang baik2.. ditambah pulak lgi dengan Ariff. memang sedap n baik makna nye. mungkin ade salah faham antara p'cakapan org tu kot.. Minta2 laa Johan or Botak bole accept semua ni. Laen orang, laen pndangn nye.
aylliarimasiprincess.blogspot.com
kesiannya kena gelar jamban.. kalau akak pun sedey.. bukan johan tu hanya nama dalam bahasa melayu ke..? dalam bahasa arab x tau la pulak..
uiks..tak kan johan maksud nye jamban..ish..tak pernah lg dengar..
heh xtau plak.. kdg2 nme yg kite ingt ad nme baik tp sbnarny x.. mcm wati xelok sbnrnya.. klau btul nme tu xelok, baik dy g tukar.. :)
eh rasernyer x... camner leh jadik g2 laks?
xsilap aku johan tu maksud yang baik2 juga
mana la ustaz tabligh tu baca kata johan tu maksudnya jamban
adoiii
gara gara company jual selipar jamban nama Johan, terus lekat pulak nama jamban tu.. xbaik tau..
Post a Comment