Monday, August 1, 2011

Tunang KHAIRUL FAHMI Bagi Penjelasan

assalamualaikum u ol..


memang tengah hangat kisah putus tunang antara penjaga gol negara,
Khairul Fahmi dan tunang nya, Elia
yang juga seorang blogger..
kisah putus tunang ni telah mengejutkan banyak pihak..
terutama sekali tunang Khairul Fahmi sendiri..
ini berikutan tindakan memutuskan pertunangan itu di buat oleh 
Khairul Fahmi tanpa pengetahuan dan 
perbincangan dengan ahli keluarga tunangnya  mahupun bekas tunangnya itu..
ini kira keputusan nekad lah ni ye..
secara drastik sekali..
sampai Elia pun terkejut dengan berita ni..
tapi lain pula yang dikatakan oleh Elia ni..
jom kita ikuti penjelasan Elia, tunang Khairul Fahmi berhubung isu 
putus tunang pasangan hangat ini..



kenangan mereka semasa majlis pertunangan pada 17 Mei 2010


Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut.

Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya.

Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya.

Ini juga kerana kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahui sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidiki saya percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum kami bertunang lagi.

Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi.

Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya.

Tindakan dia memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana saya sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan kami yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Gambar Dahlia Teck yang dikatakan orang ketiga dalam hubungan mereka..
korang nak tengok gambar dia klik atas tu ye..




ini lah kenyataan yang dikeluarkan oleh Elia semasa 
permulaan hubungan mereka berantakan..


nampak memang ada sedikit kekeliruan..
tapi sepatutnya pihak Khairul Fahmi kena lah berbincang elok2 dengan keluarga tunangnya..
kalau ye pun nak putuskan pertunangan, kena lah ikut adat..
kalau dulu masa nak tunang tu bagai nak rak dan juga 
dengan cara yang baik, ikut adat..
tak salah kalau nak buat keputusan macan ni pun ikut lah adat..
bukan terus bagi tau pada media je..



hadiah menarik menanti anda..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

7 comments:

kotak bulat said...

em..mcm2 msalah... hope masing2 dpt selesaikan dgn cara terbaik

shahjiehan said...

isk3...elok la putus... daripada gaduh pas kawen...

pelangi said...

owh,,tarikh tunang dia 17 MEI???
.....

Edy Ramanov said...

uish, tak moa la gadoh2 hehehee. selamat menjalani ibadah puasa ya

fRaMe+LenSeS said...

macam2. iskh3..

Sheera said...

sedeynye..npe bley jd camni..smpai hati apek wat g2..nseb bek pndai tgkap bola..hehe..papepon,semoga u all dpt jodoh yg baik2 k pasni..

shaliza khairi said...

macam2 je. betullah kata org tua2, masa tunang akan dilanda pelbagai dugaan. cuma kita je yg tentukan untuk handle mcam mana. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...