Friday, November 25, 2011

(Gambar) Anak Along Raja Lawak & Zila AF4

assalamualaikum u ol..




tahniah KIC ucapkan kepada pasangan Along RL & Zila AF4..
sudah bergelar ibu dan bapa..
Zila selamat melahirkan bayi lelaki pada 12 November lalu..
bayi lelaki seberat 2.5 kg ini adalah putera sulung pasangan ni yang dilahirkan di 
hospital An-Nur di Bangi..
bayi ini diberikan nama Ahmad Danial..
jom kita dengar apa komen Along dengan kelahiran bayi sulung nya..




"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu. Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidka pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu. Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Tuhan bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.


Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,


Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut. pada asalnya kandungan zila kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan. Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.


Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat. anak saya ini memang unik. Bila Danial menangis saja, Zila akan buat 3G. Saya akan panggil nama dia dan dia terus diam dan tidur. Dia memang dengar kata. Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami." 




ini lah dia permata hati pasangan Along RL & Zila..
Ahmad Daniel..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

8 comments:

Paris Lipton said...

comel...eh nama mcm adik sy..eheheh

Rozuan Ismail said...

comel.memang peristiwa benar

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

wah ! comel macm along jugak !! hehehhe

~naddy~ said...

comelll... =D

c i k a n a said...

comel tol anak diaorg.. =)

Mrs. Lady's Stylo said...

Salam buat semua stylo ladies di sini! :)

Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

Mohd Zakwan said...

comel je .. pandai posing mulut menganga lak tu sewaktu nak tangkap gambar ..haha
Blog Mohd Zakwan :)

maszull said...

assalamualaikum...cutenya die...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...