Wednesday, November 30, 2011

Busana Perkahwinan Memey & Norman Dipamerkan Di Muzium Negara

assalamualaikum u ol..




korang pun dah sedia maklum majlis perkahwinan Memey & Norman 12 juta ni..
masa tu memang heboh lah 1 Malaysia tentang majlis wedding of the year ni..
seperti yang korang sedia maklum seperti yang dijanjikan
busana perkahwinan Memey yang bernilai jutaan ringgit ni
akan dipamerkan di Muzium Negara sempena 
Pameran Busana Perkahwinan Mutiara..
pameran ni telah pun berlangsung pada 26 November lalu hingga 31 Disember..
Muzium akan mempamekan : 
  • gaun perkahwinan Memey tajaan Rafflesia bernilai RM500,000. 
  • gaun rekaan Vera Wang bersama veil mutiara Rafflesia bernilai RM500,000. 
  • dua kasut perkahwinan Memey bertatah mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Dato’ Dr Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000
  • dua set tuksedo Norman yang dihiasi butang serta cufflinks mutiara Rafflesia.






kata2 Memey:

" Alhamdulillah, saya syukur sangat-sangat. Ini penghormatan terbesar buat diri saya. Siapa sangka baju kahwin kami dapat masuk ke Muzium Negara. Saya rasa amat bertuah sangat.

Dalam menerima penghormatan yang diberikan, namun ada juga segelintir masyarakat yang mengecam di mana ada pihak yang merasakan kami tidak layak diberi penghormatan ini. 

Sebelum baju ini masuk pun, dah banyak kata-kata negatif yang saya terima. Masyarakat harus faham ada baju yang lain juga dipamerkan seperti baju Dato’ Siti Nurhaliza, Amber Chia, Ning Baizura dan sebagainya. Tapi saya tak pandang negatif kerana saya rasa saya insan bertuah sebab dipilih untuk menyertai pameran ini.

Ini adalah peluang saya, jadi kenapa saya perlu dengar kata-kata orang yang nak jatuhkan saya. Harap pameran ini bagi satu benda yang positif kepada orang luar. Janganlah timbulkan kontroversi yang tak elok kerana ini adalah kerjasama saya dengan semua orang. Saya harap tak ada lagilah orang yang mempertikaikan perkara ini. Saya juga harap mereka faham kerana bukan saya yang minta tapi orang yang nak pamerkan. "


busana lain yang dipamerkan..
antara nya busana Dato' Siti Norhaliza, Ning Baizura & Amber Chia..







P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ



7 comments:

kusyi said...

whtever lah memey. i tetap benci u! pui. haha..

Anonymous said...

bkn bju pengantin dye pon. taja jee.. grr.... pape pon, cantik n SEKSI baju tuu. huhu

chimidama said...

Oh! xsangka...ingatkan barang2 antik je ada di muzium..

D'ya Marshmello said...

untunglah..by the way baju wedding die cantik sangat, teringin nak pakai lorh, lalalala ~

LATEST ENTRY : Sanggup Curang Dengan Celcom Broadband

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

untung laaaaaaa....mati pakai kain kapan jugak erkk

Afiq Azmi said...

Sangat merugikan.Boleh beli satu jubah muslimah harga dalam rm100,boleh tutup semua.Pakai busana,tutup separuh.Bukan niat untuk memperlekehkan dia,islam sangat menjaga wanita.Tak perlu nak tunjuk sangat kecantikan.Banyak fitnah boleh jadi.Perkahwinan yang hantarannya rendah dan sederhana adalah perkahwinan yang diberkati.

nurfatin izzati said...

whateverlaa memey..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...