Saturday, November 19, 2011

Payung Emas Dalam Slot Cerekarama

assalamualaikum u ol..


malam ni ada drama best tau..
Payung Emas akan menyerikan slot cerekarama di Tv3..
lakonan mantap dari Remy Ishak, Farahdhiya dan ramai lagi..
drama berat keagamaan ini menyentuh isu pergolakan rumah tangga 
dan pengorbanan seorang isteri..




Drama ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.

Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.


Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.


Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?




jangan lupa saksikan slot cerekarama ni di Tv3 pada jam 10 malam ini..
tengok jalan cerita memang best ni..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ


1 comment:

fany wany said...

tak sabaw nak tengokkk, macam best jehh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...