Wednesday, November 30, 2011

Que Haidar & Linda Jasmine Bakal Timang Anak Perempuan Kedua

assalamualaikum u ol..




mesti ramai yang dah tahu kan tentang kehamilan isteri kepada pelakon Que Haidar ni..
semalam KIC tengok Wanita Hari Ini dan Linda Jasmine sebagai artis jemputan..
tengok2 dia dah hamil anak kedua..
lagipun anak keduanya, Ratu dah berusia dua tahun..
sesuai lah tu nak dapat adik..
doktor pula sahkan 95% bayi dilahirkan adalah perempuan..teruja Linda Jamine..
sebab dia memang nak anak perempuan lagi..
bayi ni bakal lahir Mei 2012 nanti..
jom kita baca apa kata Linda Jasmine tentang kandungan nya..


" Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.


“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang. Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.


Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti. "


Tahniah KIC ucapkan kepada pasangan ni..
cume lama dah KIC tak dengar khabar berita tentang Que Haidar..
dengar khabar dia kena control dengan Linda Jasmine..
sebab tu lah macam dan dia dalam industri hiburan ni..
harap2 tu semua khabar angin je la..
Que ni ada bakat..
sayang kalau di buang macam tu je..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...