Wednesday, November 9, 2011

Ash & Sherry Merlis Bakal Berkahwin

assalamualaikum u ol..




satu lagi pasangan artis yang dapat dihidu sedang bercinta..
mungkin ramai yang tak tahu Ash ni sapa..
Ash ni adalah bekas suami kepada Dira Abu Zahar, pengacara Melodi..
Dira juga akan melangsungkan perkahwinan dengan suami barunya sabtu ni..
Ash dan Dira ni pernah memasuki program Sehati Berdansa..
tetapi jodoh mereka tak panjang..
Dira pun bakal bernikah minggu ni..
Ash pula dikatakan bercinta dan bakal berkahwin dengan Sherry Merlis 
yang juga janda kepada Esma Daniel..
tapi rancangan berkahwin tu bukan dalam masa terdekat ni ye..
tak tahu bila..kita tunggu je lah ye..
yang penting Ash dah booking Sherry Merlis..huhuhu..
jom kita baca pengakuan tentang isu ini dari pasangan yang sedang hangat bercinta ni..


“Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, kami memang merancang untuk berkahwin, tetapi kami belum punya tarikh yang sesuai. Kalau boleh hendak buat cepat-cepat, tapi kami tidak mahu tergesa-gesa. Jika kami sudah dapat tarikh nanti, kami akan maklumkan pada pihak media,” ujar Ash enggan mengulas lanjut.

“Tunggulah, hubungan kami pun masih baru. Saya dan Ash masih mencuba untuk saling mengenali. Perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi bukan dalam waktu terdekat ini,” ujar Sherry  pula.

baguslah kalau dah ada perancangan macam ni..
moga segala apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

3 comments:

cik RaRa said...

wahhh ^_^

fiQRa said...

alhmdulillah.. ok la tu :)

Anonymous said...

to sherry, yg bersusah payah ngan dia selama ini, nak buang kat mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...