Wednesday, November 9, 2011

Akhirnya Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

assalamualaikum u ol...





mesti ramai yang dah tahu gosip yang bertiup kencang antara Remy dan Tiz..
tapi sebelum ni kedua2nya menafikan yang mereka berdua bercinta..
hingga lah ada mata yang nampak mereka berjalan berpimpin tangan..
nama mereka dah lama dikaitkan sebelum ni..
baru sekarang Remy mengaku yang dia memang bercinta dengan Tiz..
jom kita baca apa kata Tiz tentang pengakuan dari Remy tu..


"Sebenarnya saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Tapi,  berasa agak gembira dan saya saya anggap pengakuan Remy itu sebagai hadiah harijadi saya yang disambut pada 26 Oktober lalu. Saya pun tidak sangka Remy akhirnya mengeluarkan kenyataan kerana dia tidak pernah maklumkan kepada saya. Mungkin Remy merasakan sudah sampai masanya untuk mengakui tentang hubungan cinta ini. Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy itu.

Macam yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami lebih selesa bercerita tentang karier lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Selain itu, saya dan Remy tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang perhubungan kami tidak berpanjangan. Walaupun kami sudah mengaku bercinta, tetapi kami masih tidak bersedia untuk bercerita lanjut tentang perhubungan ini.


Cukuplah peminat tahu yang kami sedang berpacaran dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Pengakuan ini berlaku tanpa dirancang.  Ia berlaku dengan sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak. Kalau orang ingat kami ingin mengikat tali pertunangan atau melangsungkan perkahwinan, ianya tidak benar sama sekali. Masih terlalu awal untuk itu. Kami masih perlukan masa untuk saling mengenali. Memang saya dan Remy telah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga masing-masing, tetapi tidak ada perbincangan ke arah pertunangan mahu pun perkahwinan. Tunggulah, jika ada jodoh dan sudah sampai masanya, pasti kami akan umumkan."


bagus lah kalau dah mengaku..
tak ada lah peminat berteka teki lagi kan..
moga hubungan mereka ni berkekalan hingga akhir hayat..


Info menarik: Remy Ishak telah memenangi anugerah Pelakon Filem Terbaik di ASK2011.. pasangan ini juga telah tersenarai sebagai calon Pelakon Lelaki & Pelakon Wanita Terbaik (Filem) dalam FFM 24..Tahniah kepada pasangan ni..makin maju dalam industri hiburan walau sedang hangat bercinta..


sumber: Gua

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

5 comments:

Mila Ahmad said...

cumel sgt lah kalau remy dgn tiz 2 ^___^

Cikrosecute said...

memang sweet....

eB said...

jodoh :)

Akak said...

Kita tunggu akad nikah mereka pula.

Kak Mahh said...

Alhamdulillah...semoga jodoh berpanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...