Thursday, November 24, 2011

(Gambar) Anak Imam Muda Asyraf Berusia 6 Hari

assalamualaikum u ol..




tahniah KIC ucapkan kepada Imam Muda Asyraf dengan kelahiran bayi sulung nya 
pada 18 November lalu..
pasangan ini telah disatukan pada 2 tahun lepas..
Imam Muda Asyraf sangat gembira dengan kelahiran putera sulungnya 
yang masih belum diberikan nama..
dia akan mengumumkan nama anak lelaki nya selepas berusia 7 hari..
maknanya esok lah kan..
tak sabar nak tau nama putera sulung Imam Muda Asyraf ni..
bayi lelaki seberat 2.5 kg ini dilahirkan di Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi..




"Lebih elok jika nama anak saya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan saya dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak kami..

Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.

Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua pada esok (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini."



tahniah KIC ucapkan sekali lagi..
comel anak pasangan ini kan..???
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...