Sunday, November 27, 2011

Ogy Ahmad Daud Nak Saman Johan Raja Lawak

assalamualaikum u ol..




sebelum ni ramai yang dengar tentang kontroversi 
Festival Filem Malaysia 24 (FFM)
sebelum ni kita dengar tentang kontroversi pemenang2..
ada yang tak puas hati lah..kemenangan tak adil lah..
lagi2 tentang kemenangan Filem Libas..
tapi kali ni KIC nak cerita tentang kontroversi antara pengacara popular malam tu,
sapa lagi kalau bukan Ogy Ahmad Daud & Johan RL..
mesti ramai yang pelik kan..
ada ke kontroversi antara pengacara ni..?
tapi mungkin ramai yang tak sedar..
so sekarang kita dengar apa kata Ogy Ahmad daud tentang isu ni..


" Johan telah mengaibkan saya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung. Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaan pula tu.


Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.



Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar. Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya. Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.



Saya juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior. ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia. ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ. Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.



Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah? kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro. Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. 



Saya nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan. biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas diri saya selepas ini, namun saya tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut. Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati. Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.


Saya dan peguam kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah. Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.


Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini! "




wahh..marah betul Ogy ni..
tapi nak buat macam mana kan Johan..
terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya..
mungkin johan tak ada niat nak persendahan Ogy..
tapi nak buat macam mana kan..lagi2 kalau Ogy dah marah..
artis2 senior ni sensitif sikit..
nasib lah...


sumber: Utusan Malaysia


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

15 comments:

Nabiha Zaidi said...

aduhh .

aksarafendi said...

msa rptai pn mmg jhan ada kutuk2 ogy gak tp spttnye awal2 lg ogy kna la remind si johan tu..bgtau apa yg ptut & xptut msa acarakan mjlis bsar mcm tu.
bila dah jadi kes mcam ni, bru la mula nak sman myaman.

Cikrosecute said...

Johan tidak sesuai jadik pengacara...Cik Rose tengok malam tue...memang teruk Ogy malam tue...kena di perlekeh oleh Johan...

cintailmu89 said...

ada betul nya jugak..
kadng2 pelawak ni ikut suka je nak cakap apa..x pernah nak fikir sensitiviti org lain..

Noorsha Muhamad said...

serius ke ni??uhuhu..nasib zizan tak jd pengacara ngan ogy..zizan ok je tahun lepas..uhuhu..

'Atiqah Ibrahim said...

kalau tak kerana johan... suram je ffm malam tu....

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

oh.nak saman menyaman rupanya.ingat sekadar luahkan perasaan je.mungkin betul juga luahan ogy ni.tapi cara mudah, maafkan.warning dan jgn jadi pengacara bersama bakar RL.

ramai lagi pengacara profesional mcm Aznil, Raja Azura etc. :)

Unknown said...

macam2 hal la..waktu menghentam orang kritik sana sini tak pula pikir pasal perasaan org lain...ni dah kena batang idung sendiri baru nak saman menyaman...apa nak jadi la artis malaysia ni.bagi cium ketiak kang haa... ;)


latest update : Bau Ketiak Lelaki Pengubat Stress Wanita??

✿INA AINAA✿ said...

kerek gilew ogy tu...waduh2..hurmmm....

Mohd Zakwan Zain said...

adei.. kenapa la aku tak tengok FFM .. tak tahu lak pasal kes ini..hehe
apa-apa pun, harap2 kes ini dapat diselesaikan dengan aman..
Blog Mohd Zakwan :)

Ceritera Anak Sampah said...

http://www.youtube.com/watch?v=JXsmP-qM7wE

adoi X tahu nk kesian siape..

cute said...

ala..dulu masa af dia suka cakp tanpa fikir and jatuhkan maruah org lain..tiada org saman dia pun time tu..ni dah kena sendiri trus main saman..maaf sudahla..

Unknown said...

fuhhh isu panas ni

ZuL AdLeE said...

Klau nak saman menyaman ni mmg x patut...hdup kita ni x kemana pn kak ogy...akhirnye kepada-Nya jgk kita akn pergi...so bermaafan2 je la sementara berada didunia ni...kak ogy pn bole tahan jgk laser zaman2 kegemilangan kak ogy dlu...biase la...klw dh klh maksud sy tu nmpak sgt kak ogy di-overshadow oleh johan mlm tu...mungkin disebabkan itu kak ogy trus x puas hati dan sebgainya...johan buat semua tu niat dy nak berlawak je pn...yg mengenai tahun gajah semua tu...saya dh dgr dan johan xde kluarkan kata2 yg membabitkan nabi atau rasul pn...hanya "tahun gajah" itu perkataan menunjukkan masa...kak ogy yg keluarkan perkataan "Rasulullah"...so xde kne mngena disitu...saya hanya berpandangan xde yg bersalah dlm hal ini...bermaafan je la...

Anonymous said...

yg dah tu dah la..ape lah..tw lah awak tu seniorjgn nak tnjuk hebat sgt..dlu mase mude2 dlu..msti ade snior artis yg t'ase ngn kak ogy ke..what goes around comes around..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...