pelakon Zamarul Hisham yang juga suami kepada pelakon Diana Rafar
telah dikejarkan ke Hospital selepas menghidap denggi..
dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam sejak ahad lalu..
yang tak bestnya, dia dimasukkan ke hospital pada tarikh yang sama
ulang tahun kelahiran anaknya yang berumur setahun..
ala..keciannya..
denggi ni dah lah bahaya juga..
moga Zamarul cepat sembuh..
KIC tau pun lepas baca di Gua.com.my..
jom kita baca apa kata Zamarul tentang berita ni..
Saya rasa bersalah sangat sebab tinggal sehari saja lagi sebelum penggambaran siap. Ingatkan nak teruskan juga tapi pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Saya kemudian pergi ke hospital dan selepas membuat pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap denggi.
Sekarang ini di Shah Alam banyak sangat kes denggi. Tapi saya rasa saya kena denggi ini ketika di lokasi penggambaran drama ‘Bismillah’, di Puchong. Drama ini mengenai kisah benar budak yang kena renjatan elektrik baru-baru ini. Kami jalani penggambaran di kawasan lombong dan masa itu saya tak pakai baju dan banyak nyamuk sangat.
Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya. Saya juga akan terlibat dengan drama 20 episod, ‘Anakku Sazali’ pada 4 November ini. Tak tahulah saya dah keluar ke belum masa itu, namun nasib baik produksi itu boleh tunggu. Walau bagaimanapun, saya harap boleh keluar secepat mungkin, sebab saya ini jenis yang tak boleh duduk lama di hospital, bosan sangat.
apa2 pun kita doakan moga Zamarul Hisham cepat sembuh..
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
4 comments:
segalanya telah ditentukan ilahi. dan setiap ang berlaku pasti ade hikmah dan penyelesaiannye. moga cepat sembuh
moga beliau cepat sembuh
Kesian dia. Semoga dapatlah dia habiskan shooting tu. Macam best ceritanya :)
encikfaiz.blogspot.com
musim la kan? hu3
Post a Comment