Tuesday, November 8, 2011

Wanita Kaki 'Gajah'

assalamualaikum u ol..




agak pelik kita mendengar manusia berkaki 'gajah'..
tapi ini lah yang berlaku kepada seorang wanita dimana kakinya membesar 
sehingga mencapai berat 31.5 kilogram..
yang lebih teruk nya sebelah kaki nya kembali tumbuh dengan pantas walaupun setelah dipotong..
KIC tengok pun memang terkejut..
badan wanita ni maintain je..tapi kaki nya besar sangat..


LONDON: Seorang wanita yang dipotong satu daripada kakinya kerana membesar sehingga mencapai berat lebih 31.5 kilogram kini cemas apabila organ itu kembali tumbuh dengan pantas. Mandy Sellars dari Accrington, Lancashire, menghidap penyakit yang jarang berlaku menyebabkan kedua-dua kakinya membesar melampau, manakala tubuhnya kekal seperti biasa.


Pemeriksaan doktor sebelum itu mendapati, kaki kiri Mandy, 36, dijangkiti kuman dan boleh mengancam nyawanya jika tidak dibuang. Bagaimanapun, 22 bulan selepas menjalani pembedahan itu, baki kaki kirinya mula tumbuh dan membengkak. Kata Mandy, dia memang berharap pembedahan membuang sebahagian daripada kaki kiri itu akan membolehkan keadaannya stabil.


“Tetapi hati saya berkata, ia akan kembali semula,” katanya.


Mandy berkata, dia mula menghadapi masalah sama “hampir serta-merta” dan ia menyukarkannya memakai kaki palsu. Tidak lama kemudian, kata Mandy, kakinya menjadi terlalu besar dan berat sehingga ia hampir-hampir menyebabkan kaki palsunya pecah.






sumber: Harian Metro


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

4 comments:

Admin said...

besar nya kaki

Azlan Strider said...

aduh..lain macam da rupa..isk..isk..kasut ngan seluar mesti pakai custom made punya..

Regards,
-Strider-

Ihsan Arifin said...

eeee kesiannyeee :(

CIK FAIZATUL said...

kesian ye die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...