Tuesday, September 27, 2011

Persiapan Perkahwinan 12 Juta Memey Suhaiza & Norman Hakim

assalamualaikum u ol..




seperti yang korang sedia maklum..
Memey & Norman telah pun selamat bergelar suami isteri..
pasangan ni telah bernikah pada 24 September
dan majlis resepsi di Johor pun dah selesai 
pada keesokan harinya..
nak tengok gambar2 sekitar majlis pernikahan dan persandingan
klik SINI

bercerita tentang perkahwinan 12 juta ni korang pun dah lebih maklum kan..
cuma bila KIC tahu serba sedikit tentang majlis yang akan berlangsung esok ni,
terbeliak juga lah mata KIC ni..
bukan calang2 orang boleh dapat ni semua..
tapi kenapa lah mereka berdua ni yang dapat majlis yang gilang gemilang ni..
emmmmmmm....
tapi apa2 pun kita doakan lah moga majlis mereka ni berjalan lancar..


Esok, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya yang dikatakan Wedding of The Year ni.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.


perkahwinan memang dah meriah dah..
harap rumah tangga pasangan ni akan meriah juga lah ye..
apa2 pun tahniah kepada pasangan hot ni...=)

sumber: Mstar

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...