Monday, June 6, 2011

Fara Fauzana DILAMAR...

assalamualaikum u ol..


selamat tengah hari semua..
KIC tengah rehat ni..
jap lagi masuk kerja pukul 2..
so nak lah update blog ni dulu..

haaa..korang mesti terkejut kan dengan tajuk entri KIC ni..
memang Fafau telah dilamar..
tapi bukan dengan jejaka tau..
nak tau kisah nye..
teruskan membaca ye..huhu...




KUALA LUMPUR – Deejay Fara Fauzana kini berada dalam dilema sama ada mahu terus setia bersama stesen radio Hot.FM atau berhijrah ke stesen televisyen Astro selepas dikhabarkan menerima tawaran kontrak mencecah RM1 juta.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 31, yang kini berkhidmat di stesen radio Hot.FM mengaku menerima lamaran daripada pihak Astro untuk berhijrah ke stesen televisyen berbayar tersebut.

Bagaimanapun, Fara sewaktu dihubungi Kosmo! berkata, dia sedikit terkejut apabila mendengar dakwaan bakal menerima kontrak bernilai RM1 juta sekiranya bersetuju berhijrah ke Astro.

“Ya betul, memang saya mendapat tawaran tersebut daripada pihak Astro tetapi sehingga hari ini, saya masih belum membuat sebarang keputusan. Jika saya sudah membuat keputusan, saya pasti akan mengumumkannya kelak,” kata Fara.

Menjawab tentang habuan RM1 juta yang ditawarkan pula, Fara hanya berkata: “Tak adalah.”

Apabila ditanya tentang kemungkinan dia meninggalkan stesen radio Hot.FM yang telah menjadi ‘rumahnya’ selama lebih lima tahun dan pulang ke ‘rumah lamanya’ di Astro, Fara hanya menjawab: “Tiada komen.”

Deejay itu juga mengulangi bahawa dia masih tidak membuat sebarang keputusan terhadap kontrak yang ditawarkan kepadanya itu.


kalau lah betul Fafau dapat tawaran tu..
untung lah badan..
habuannya pun besar..
sekarang terpulang lah pada Fafau..
Fafau kini telah menjadi rebutan tu..huhu..
rezeki makin bertambah..
tapi bila nak kahwin ni..?huhuhu...


Sumber : KOSMO


14 comments:

wrizuan[dot]net said...

rejeki oh rejeki....bila bakat dinilai drpd glamour..best3x

wrizuan[dot]net said...

bila bakat dinilai...rejeki oh rejeki.

Wani said...

alaaaaaa .
huhu

Hans said...

kalau betul RM1 Juta memang rezeki murah betul lah

Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda

ain revival said...

kaya la FF lepas nie...
hehe

COTTON LADY said...

waaahhh hebat ler fafau,nnti kiter wait nc,dye g astro ke x~

A.I.N said...

ala... ain suke dgr die celoteh dgn FBI...sob3

isma said...

suke fara fauzana tak hot lagi.. sebab ganding dgn FBI

blackroses said...

wow...1 juta tu

syrupmasin said...

untung pandai bercakap banyak nih..

Rozuan Ismail said...

dia pon memang popular kan.memang dia patut dapat.

waN Mohd Salim said...

banyak giler 1 juta .. huhuhu

Ummi Atthiyah ILS said...

artis, lau x byk masalah,kontroversi, ramai la orang suka, senang ngn cara die. tu yg rezeki melimpah sbb org doa yg baek2 utk die. ;)

Pak Syahot said...

harap2 kak fara x pndh ke astro blek...mse die x glamor dlu, astro xde pon nak naikkan nme fara...yg slalu kte dgr linda onn je..tp ble fara dh popular kt hotfm dgn tv3, brulah nk amek blek...huh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...