selamat hari jumaat semua..
hari ni KIC rehat lama sikit..
hari jumaat kan..
pukul 2.30 nanti baru masuk kerja balik..
ok lah..
nak cerita sikit lah tentang apa yang KIC baru baca di akhbar Metro ni..
KUALA LUMPUR: Selepas masing-masing pernah gagal dalam rumah tangga dan ikatan pertunangan, pengarah muzik terkenal, Ramli MS kini dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah.
Sumber memberitahu, baru-baru ini, Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh, 52, mula rapat dengan Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 30, selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berakhir di Genting Highlands pada 3 April lalu.
“Berikutan pertemuan di majlis ‘post-party’ itu, mereka bertukar nombor telefon dan saling berhubungan di talian baik sama ada berbual mahupun SMS. Mereka nampak bahagia dan gembira,” kata sumber itu yang enggan dikenali.
Menurut sumber, pada April lalu ada peminat ternampak Ramli dan Alyah muncul di satu lokasi terkenal di Singapura.
Sumber berkata, Ramli ingin membawa Alyah bertemu keluarganya di Singapura dan begitu juga dengan Alyah. Sementara itu, Alyah ketika ditemui di Angkasapuri semalam terkejut dengan gosip sensasi itu, tetapi enggan mengulas lebih mendalam.
“Jangan salah faham. Kami cuma bersahabat dan Alyah sentiasa hormatkan kebolehan dan kedudukan Ramli. Alyah suka meminta pandangan Ramli berkaitan muzik dan penerbitan lagu. “Kami berjumpa pun atas dasar kerja dan jangan diperbesar-besarkan isu persahabatan kami itu. Mengenai pertemuan di Singapura, ia kebetulan. Alyah pergi beli-belah di sana dan Ramli pula ada urusan kerja. Elok anda minta komen Ramli sendiri,” kata Alyah.
kalau betul pun apa salahnya kan..
sama2 single..
kira ok lah tu..
tapi Alyah masih mahu menafikan..
tak tau lah jawapan dari pihak Ramli MS macam mana kan..
kita tunggu dah lihat je lah ye..
3 comments:
woweee
wow.....spic lerst.....hahaha
wow..hot issue neyh....
Post a Comment