Monday, June 20, 2011

Bapa dan anak bersekedudukan hingga melahirkan 3 zuriat..

assalamualaikum u ol..

KIC sangat2 terkejut dengan berita ni..
sangat2 tak sangka lah benda macam ni pun boleh terjadi..
sempit sangat ke pemikiran diaorang ni..
sampai tak boleh beza mana baik dan buruk lagi..
tak tahu ke nak beza mana anak dan mana isteri..
bagi KIC perbuatan mereka berdua ni sangat2 terkutuk lah..
korang nak tau kenapa KIC cakap macam tu..
jom baca berita ni..


ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah..


KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.


Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.


Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.



sangat2 memalukan lah perkara macam ni tejadi dalam masyarakat kita..
tak fikir ke dosa dan pahala..
grrrrrrrr...
panas je hati ni dengan kes2 macam ni..
harap2 dijauhkan lah perkara terkutuk ni dari keluarga dan keturunan kita..


sumber: METRO


24 comments:

dila bahar said...

giler ar... tak dpt beza ke mane anak mane bini... tak faham la apa nak jadi.. mane letak akal yg diberi? renung2kan...

Nurul Husna said...

tak tahu lah nak kata apa, mmg waktu baca ni satu benda je nak kata, tak da akal ke!!! nauzubillahiminzalik....

Mohd Firdaus said...

cmne benda ni tak terjadi..tengok la hukumannye ape??ringan sangat..

puteraduyong said...

astaghfirullah... kita di zaman apa ni ye...

Hans Hanis said...

aku baca dkt Kosmo tadi
memang terkejut gila aku
dah hukuman tak seberapa
aku kesian dkt 3 orang anak tu
macam mana status nya?
adoi
dunia skrg
macam2 perkara xsangka dah berlaku

Syaitan Memang Durjana

enyheartsdiamond said...

gelinya saya baca.. huhu~

HAZIRAH SULAIMAN said...

erk, malukan. tak tahu ke haram hukumnya. lagi2 bila anak dan ayah. ya allah, manusia ni makin ketandusan keislaman dihati. hmm.

halidaRahman said...

haruan makan anak. ishhh ! nafsu kuat sgt. maluunya !!!

munna said...

anak dgn ayah sama2 giler...aduhai dah takut azab siksa agaknya....

cik ika said...

manusia akhir zaman cmni la..da bce da..juz leh geleng kpale je..ish2

Unknown said...

ragam manusia akhir zaman

Yaya Azura said...

mmg memalukan ! apa nasib 3 anak tu.. haish..nie rasa nak marah nie..

Nur anisa =)) said...

subahanallah..
dunia2..eyy geli mara ea jugak,,aplah
klo da x tahan sgt pg la cri pompuan lain..buat bini no 2 nie ank sendiri di bedal nye..eyy yang ank 2 pown satu grrrr ish!!ap lah..
moge allah sentiase lindunggi kite semua..

EYQASARA said...

dah ade anak tak tahan tu..

Chef Kampung said...

haha macam2. jahil

Halusinasi said...

mcm manalah status anak 3 orang tu? nak berbinkan siapa?

Yuyu said...

astarfirullahalazim...

menakutkan la zaman skrg...

xtaw mane ayah,mne atok dh...

Unknown said...

serius bodoh dan tak masuk akal,kalau gersang sangat,carilah orang lain dan bukan anak sendiri

sumaiyah mokhtar said...

bapa yg tidak berakal! bernafsukan binatang!

amiraliyana said...

masyaallah!
mcm mna la keturunan2 mereka nanti?
habis celaru dah.

myzziema said...

ya Allah. sampai mcm tu sekali. ada anak dengan bapa sendiri. naudzubillah...

HAJAR AZMAN :| said...

ya Allah. teruknyaaa.

Anonymous said...

Ayah dan anak same je..
Benda tu nak wat bukan sekali dua bleh jadi anak.
Same je yg lelaki n same je pompuan..
Yg si bapak ikut nafsu,anak plak rela ikut nafsu diri gak..
Ok,logically da 3 anak kot..
Bukan paksaan cmtu..itu persetujuan..
Persetujuan dtg dgn 2 pihak..
Hubungan kelamin tjadi dgn 2 pihak..lelaki n pompuan..
Diorg ni better rejam dalam air panas..
Kalo setakat kne denda,ramai lagi la yg dok wat cmtu..
Ini baru masuk berita,blom yg x masuk lg..
Fikirkanlah kite sesama manusia
Fikir ape yg tjadi dlm kehidupan sejagat.
Jgn amik mudah..
Xkan nak tunggu kite dilanda tsunami macam di
Acheh??

risa said...

sepatutya anak2 tu tak boleh lahir kan?? emmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...