Sunday, June 5, 2011

Lagi BAYI maut tersedak SUSU...

assalamualaikum u ol..


sekejap je dah hari ahad..
esok dah kerja..
malasnya lah rasanya..tapi nak buat macam mana..
nak cari duit lebih cuti2 sem ni kan..
boleh je nak duduk rumah mengadap blog..
tapi poket kering pulak kan..

ok lah..tak nak lah bebel banyak2...
nak sampaikan kat korang berita yang baru KIC baca ni..
kat akhbar tempatan ni..
agak menyedihkan..sebab benda macam ni kerap terjadi..



Zulazmi Jamaludin sedang memangku maya anaknya..


PETALING JAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu soya pada saluran pernafasan ketika berada di rumah pengasuhnya di Kerinchi di sini kelmarin.

Rania Batrisya Zulazmi disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan hospital berkenaan, kematian Rania adalah disebabkan oleh saluran pernafasannya tersekat dengan susu tersebut.

Rania dibawa ke PPUM oleh pengasuhnya, seorang wanita berusia 60 tahun kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin selepas mendapati bayi itu berada dalam keadaan lemah dengan tangan dan kakinya sejuk.

Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian.

Difahamkan, anak tunggal kepada pasangan Radiana Rais, 37, dan Zulazmi Jamaludin, 41, itu diberi sejenis susu soya tetapi makanan itu tersekat pada saluran pernafasannya disyaki semasa bayi itu tidur.



benda macam ni memang susah kia nak elak..
tapi2 pun kena lah berhati2 kan..
cegah lebih baik dari mengubati..
KIC ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..
Al-Fatihah..


6 comments:

Ceiler Mun said...

al-fatihah..

Unknown said...

al-Fatihah.

kenapa benda ni boleh berlaku lagi?

Lydia Miza said...

takziah buat keluarga mangsa.risaunyer benda2 camni tau.dah la tak lama lg akak nak dpt baby.susah hatinyer

cik RaRa said...

siannye baby tu . al-fatihah utk arwah baby comel tu ..

zahidah seran said...

sayu hati kalau baca cerita macam ni lebih lagi bila ada anak sendiri ni. dulu time kerja memang risau sangat fikir baby kat nursery. tapi sekarang dah duk rumah insya Allah boleh pantau keadaaan anak tiap masa. Al-fatihah untuk arwah.

lagi satu mmg kena elakkan bagi bayi tertidur ketika minum susu atau makan. sebab bayi tak reti lagi nak kontrol sistem badan dia kan. kena pastikan dah siap minum susu, sedawakan dan baru tidokan. haih panjang lak membebel kat KIC nih.

tapi itulah kan letak kat tempat asuhan boleh terlepas pandang esp kalau jaga budak ramai.

repairmode said...

al fatihah..tpi skang ramai tga cakap pasal kburukan susu soya..haaiih`

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...