Tuesday, June 7, 2011

Rogol KANAK2 dalam tandas..

assalamualaikum u ol..

hari ni KIC kerja separuh hari..sebab bos ada hal..
lepas ni nak balik rumah lah..
rehat2..sebelum tu nak update blog dulu..
nak kongsi dengan korang tentang berita yang baru KIC baca ni..
so boleh lah KIC baca2 komen2 korang nanti..
sebab hal macam ni tak sepatutnya berlaku..


PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan, Sabak Bernam, membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa meminta izin untuk ke tandas dengan ditemani abang iparnya.

Menurutnya, bagaimanapun selepas kira-kira 15 minit abang ipar kanak-kanak terbabit menunggu di luar tandas, dia bertanya kepada adiknya sama ada sudah selesai membuang air atau belum, namun mangsa memberitahu belum selesai. “Abang ipar mangsa pergi ke kantin berhampiran tandas dan menunggu di sana.


“Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan adik iparnya dari dalam tandas menyebabkan dia berlari ke situ. Ketika itu dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.Mohd Adnan berkata, abang ipar mangsa meminta bantuan orang ramai di situ sebelum mereka mengejar suspek dan menangkapnya dan diserahkan kepada polis.


“Hasil siasatan suspek yang berusia 20-an mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kes samun, bagaimanapun ujian air kencing ke atasnya negatif. Suspek juga tidak mempunyai pekerjaan.


hanya sekelip mata di tinggalkan dalam tandas macam2 leh berlaku kan..
kat mana2 pun dah tak selamat sekrang ni..
lagi2 kanak2..
masih lagi lemah..tapi dengan kelemahan itu lah yang memberikan 
mereka peluang untuk melakukan apa sahaja..
kalau dah gila seks tu kat mana2 atau dengan sapa2 pun jadi sekrang ni kan..
KIC geram bila isu hal macam ni berlaku..
sebab bukan perkara luar biasa..tapi dah jadi perkara biasa..
yang itu lah jadi masalah sekarang ni..


7 comments:

Hans Hanis said...

mak aihhh
gila betoi la manusia la
tu la bila dah tak takut Allah n iutkan nafsu
risau plak aku baca benda nih

Juvana Episod 7

kAmi dAn mEreKa said...

uish, gila apa orang tu,

kanak2 pon dia nak sapu,

mira ellyna said...

ini namanya kurang akal.
sedih betul la.. ermm

Aku Betul2 Syok a.k.a TERKEJUT

Unknown said...

eeeei ngeri laaa dgr berita2 mcm ni..dorang ni mmg binatang ah

Unknown said...

memang gila la orang zaman sekarang ni.budak pon dia nak

Syahir Ramli said...

x ptot btol...haish...

Unknown said...

bdk2 pun jadik...apo punyo manusia la tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...