Thursday, March 3, 2011

~ Pentingnya scrub muka..~

assalamualaikum u ol...

ni antara salah 1 tips penjagaan muka korang..
sebab skrub ni penting tau selain mencuci muka..
seeloknya lepas kita cuci muka kemudia kita buat skrub..
buat sendiri pun boleh..
bukan kena pergi spa pun kan..
mudah je sebenarnya..nak tak nak je..
skrub ni penting sebab boleh jadikan kulit kita lebih halus 
dan menutup liang2 roma yang telah terbuka luas..
korang mesti la pilih skrub yang sesuai dengan kulit muka korang..
jangan main bantai je ye..
cara cucian menggunakan skrub juga kena la betul,
takut nanti ada kerengsaan pada muka korang dan juga kulit muka akan jadi kering..
skrub ni pun hanya boleh dilakukan sekali atau 2 kali seminggu je..
tak boleh hari2 ye..
so jom baca cara2 penggunaan skrub yang betul...


1. Pertama sekali, korang basuh tangan korang bersih2 dengan sabun, lepas tu letakkan skrub kat tapak tangan korang..

2. Titikkan skrub pada bahagian-bahagian penting di wajah anda iaitu pada bahagian dahi, hidung, pipi, dan dagu. haaa...kenapa bahagian2 ni?sebabnya bahagian ni adalah zon T yang mudah berminyak. secara tak langsung skrub ni boleh mengurangkan masalah minyak berlebihan pada muka korang.

3. Selepas itu, mulakan sapuan pada bahagian pipi wajah. Lakukan dengan cara putaran dari bahagian dalam ke luar pipi. korang kena buat secara lembut dan berulang2 kali hingga skrub tu rata.

4. seterusnya, korang buat urutan dari atas ke bawah secara putaran juga. Tumpukan pada bahagian yang mempunyai bintik hitam atau putih sehingga terasa bintik-bintik tersebut hilang.


5. selepas semua bahagian telah disapu dengan sepenuhnya, korang boleh la cuci muka sebersih2nya.jangan biarkan ada sisa2 skrub tadi tertinggal..cuci dengan bersih pada seluruh muka..


6. lap dengan tuala bersih..kemudian korang sapu la toner/ penyegar wajah pada muka korang, sebab ia akan menutup liang2 roma yang telah terbuka semasa membuat cucian tadi..


mudah je kan..so sama2 la kita praktikkan untuk penjagaan kulit muka kita ni..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...