Monday, March 14, 2011

~ siri animasi baru yang akan menyaingi Upin & Ipin...??? ~

assalamualaikum u ol...

semalam 1 hari tidak mengadap laptop...
pergi menghadiri majlis tunang sepupu saya..
memang best..dapat makan free..huhuhu..

hari ni pula perut sakit..
emmm...MC la..tak pergi kelas..
so sebelum sakit ni lebih menjadi2, nak update blog dulu..huhuhu...

berkenaan tajuk entri ni, korang mesti suka Upin & Ipin kan???
sebab saya pun suka..huhu..memang best la animasi Upin dan Ipin tu..
bagi impak kat semua orang..
yang amat membanggakan ia adalah hasil keativiti rakyat tempatan..
bagi saya kartun Upin & Ipin ni memang terbaik dari ladang la..huhuhu..


Upin & Ipin..
best kan???
betul..betul..betul..=)


filem Upin & Ipin...
berjaya mencapai box office..
sebanyak lebih 6juta kutipan..
memang layak..!


tapi dergar cerita Upin & Ipin ada saingan?
saingan dari mana tu..
haaaa...mesti korang tak sabar nak tau kan..
1 animasi baru telah diterbitkan oleh penerbitan tempatan juga..
nampak macam best je tau..



ni la dia..siri animasi yang baru..
Boboiboy..

Boboiboy ni hasil karya rayat tempatan juga. setiap episodnya ada cerita yang berbeza..
tampil dengan konsep 1Malaysia dan ciri-ciri budaya masyarakat tempatan..
memang sesuai la ditonton oleh semua lapisan masyarakat..
karton ni tentang kehidupan Boboyboi yang menapilkan suara,
Nur Fathiah bersama datuknya seorang peniaga gerai coklat;
Tok Aba selain rakan-rakannya Yaya, Ying dan Gopal.
Boboiboy berdepan cabaran makhluk asing,
Adu Du dengan sekutunya dalam cubaan mencuri koko milik Tok Aba..
karektor Boboiboy ini yang bestnya boleh mengawal
angin, tanah dan petir namun sering lupa kaedah memulakan kuasanya..
sementara yaya seorang budak perempuan bertudung
yang mempunyai kekuatan seperti Superman,
tetapi tak suka berlawan. dia akan dipaksa kawannya untuk menyelamatkan keadaan.

Yong pula mempunyai kuasa berlari laju sepantas kilat,
tapi dia akan kehilangan kuasanya apabila bersin
dan memperoleh kuasanya semula selepas bersin semula berlainan pula dengan watak gopal,
yang boleh tukar objek kepada makanan.sebab tu la dia gemuk kot..makan je kerjanya..huhu
siri ini telah disiarkan di TV3 setiap Ahad, pukul 7 malam.
.
wahh..macam best je kan..jangan lupa tengok kartun ni..
dan support la siri animasi tempatan kita..




watak Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal..


3 comments:

Hafiz Hafizol said...

waa... bila cite nie nak ditayangkan??? nak tgk nak tgkk.. muahahaha

KuNanGKuNanG said...

1 lagi hasil karya anak tempatan yg harus dibanggakan.tahniah...

Azmi Othman said...

oi crt ni pn tk blh sbh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...