Saturday, July 9, 2011

Budak ni MELAYU ke MAT SALLEH...???

assalamualaikum u ol..


KIC tertarik dengan artikel ni..
sebab sangat2 unik..
budak berumur 3 tahun, ibu dan bapa memang melayu tulen..
tapi muka anak nya ni, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar
memang iras anak mat salleh..
sangat2 comel tu..
kalau tak caya..korang baca ni ye..




ini lah dia anak pertama pasangan siti rubiah dan mohd izmeet..
sekali tengok macam tak percaya je tu anak dia kan..



KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.



sampai doktor sendiri pun tak percaya yang Puteri Sara h ni anak pasangan ni..
tak dapat KIC bayangkan..
mesti masa bayi budak ni comel sangat..
macam baby mat salleh..
KIC tengok pun geram..
memang tak ada iras ibu dan ayah mereka..
sampai buat DNA tu..
yang penting memang terbukti anak mereka..
lepas ni KIC nak lah tanya petua kat pasangan ni, 
macam mana boleh dapat anak secomel ni..=)

sumber: kosmo

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

18 comments:

CXopportunities said...

tanjat aye .. huhu.. puteri ni ade iras mak pak dia lah awknya.. cuma dia putih.. dat's y tk nmpk serupa.. =)

Rien Rose said...

org ckp lau nk anak comel putih kulit lembut.. minum air soya hari2 masa mengandung kan baby tu.. insyaallah.. lpas lhir..rajin2lah sapu losyen kt anak ye..hehe

Shiema Sufian said...

comelnye :)

Unknown said...

ada kot iras sikit2.tapi lebih ke arah org putih la.compare melayunye. mungkin nenek moyang dia dlu ada sedara org putih,sape thu kan

Leya said...

comey ! ske tgk mke bdk nie <3

Anonymous said...

betul2 unik

AyiLarimA said...

Subbahanaallah.. itu laa name nye kuasa Allah... mcm2 bole t'jadi... memang comel puteri sarah 2... cute sgt.. :)

KuNanGKuNanG said...

subhanallah..anugerah Allah pada hambanye..

zahidah seran said...

mungkin ade nenek moyang diorg ni kacuk omputih kot...=)

najihah sahami said...

waa..rmbut siap perang bagai..mmg hot la budak ni nnti besar.mak bapak dia mesti berjaga2. jaga anak elok2. nnti org buat xbaik kat anak dia baru terdiam..huhu

Fara Frazzo said...

mungkin mak dia terkenan Shiloh anak Tom Cruise masa mengandungkan dia. muka dorang lebih kurang. huhu

myzziema said...

comel sangat2! macam mana boleh jadi muka lain daripada parents? kalau ziema pun ambik masa lah jugak utk percaya yang budak comel ni anak dorang. heee~

Farah Shamsudin said...

memang cumil sangat!

Unknown said...

aik? betul ke ni?
serius ke pompuan tu tak pernah curang?
keh keh!

me said...

betol lah ! ade iras langsong.huhu

aizamia3 said...

Puteri Berangan:
sebenarnya minum soya sejak bayi dalam kandungan bukan sesuatu yang baik, memang hasilnya akan dapat anak yang berkulit putih dan cantik tapi sebenarnya bayi tersebut akan mempunyai masalah alahan yang teruk..

cuba google berkenaan kebaikan keburukan air soya dalam perkembangan bayi..

munna said...

COMELNYA...INGATKAN ADA PENYAKIT ALBINO...TAPI DOC DAH SAHKAN NORMAL...

Anonymous said...

budak comel ni selalu maen tepi umah saye... ngan sepupu-sepupu die...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...