Saturday, July 16, 2011

Dia tak sepatutnya di gelar GURU, Tapi .......................

assalamualaikum u ol..

KIC terbaca berita ni dalam sebuah akhbar tempatan..
geleng kepala juga KIC baca tentang ni..
geram pun ada..tak patut betul la benda macam ni terjadi kat sekolah..
cikgu berkelakuan tak senonoh dengan pelajarnya sendiri..
bukti pun dah ada..
sangat2 memalukan dan memberi tempias kepada guru2 yang lain..



beberapa salinan gambar yang menunjukkan kelakuan tak senonoh seorang guru..


KUALA LUMPUR – “Cikgu membisikkan perkataan kotor di telinga saya dan bertindak menyelak baju sehingga butang tercabut.” Demikian catatan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini yang mendakwa diganggu secara seksual dan kerap dimaki oleh seorang guru lelaki sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, guru berkenaan didakwa berkelakuan pelik apabila kerap menampar dan menendang kaki murid-murid lelaki dan perempuan di sekolah tersebut sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Seorang bapa kepada salah seorang mangsa, Hairul Jasry Jamaluddin, 30, mendakwa, anaknya risau setiap kali hendak ke sekolah sejak akhir-akhir ini ekoran perbuatan guru tersebut. “Saya telah buat aduan kepada pihak sekolah setelah membaca catatan pada nota anak saya. “Bagaimanapun, saya kurang puas hati kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan dan saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dua hari lalu,” katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Seorang lagi bapa, Sujari Hassan, 42, mendakwa, anaknya telah beberapa kali mengadu tentang kelakuan guru tersebut sejak tiga bulan lalu. “Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa guru itu menyelak kain dan cuba memegang kemaluannya di hadapan rakan yang lain,” katanya. Seorang lagi pengadu, Mohd. Safee Soefjan, 47, berkata, beberapa guru di sekolah itu mengakui sikap pelik guru terbabit dan mereka turut mempunyai bukti termasuk catatan beberapa mangsa.

benda macam ni pun boleh jadi kat sekolah kan..
sepatutnya sekolah tu tempat membina ilmu dan 
selamat untuk pelajar2..
tapi untuk kes ni pelajar pun jadi takut nak pergi sekolah..
benda macam ni tak sepatutnya jadi..
guru tu dah jadi macam ibu bapa kita disekolah..
tapi kalau ada cikgu yang bersilap macam ni kat sekolah, 
memang tak sepatutnya di gelar sebagai seorang guru, tapi..........


sumber: Kosmo

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

4 comments:

eyFa fAFa said...

new follower here :)

http://vanillazlikecookies.blogspot.com/2011/07/make-colorful-surprises-you.html

izatty fatihah said...

byk bnde2 mcm nie yg jd skrg . even guru yg bpndidikn tinggi pn . dunia dh makin tua nk mnanggung tlalu byk dosa~~

new entry : Tolonglah pergi sebelum dihalau

puterinuraqiliah said...

mcm2 hal sekarg ni=.=

adeeb khairudin said...

uisk. orang sekarang pelik2. jatuhkan martabat seorang gur =='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...