Keciannya...tengok gambar pun KIC terasa sakitnya..
budak ni baru berumur 3 tahun..tapi telah mengalami titik hitam dalam hidupnya..
sapa sangka dengan hanya tali beg yang tersangkut di van yang dinaiki nya,
dia diseret sejauh 100 meter dan mengalami kecederaan parah..
betul lah orang cakap, malang tak berbau..
kejadian yang memang tak disangka..
adik Muhammad Haziq yang cedera parah.
IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.
Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.
Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.
Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.
menurut doktor, Muhammad Haziq mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus. Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya..
kesian kan..
kejadian ni menyebabkan kecederaan kekal pula tu..
apa2 pun kita doakan semoga pembedahan dan rawatan dapat berjalan lancar..
moga keluarga Mohammad Haziq tabah menghadapi dugaan ini..
sumber: Metro
p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..
20 comments:
Ya Allah.. kesiannya dia.. tak sanggup nak tengok..
moga adik Haziq kuat menempuh dugaan..
hrp2 x terjadilah kepada anak...ngeri..
sampai nampak tempurung kepala.sakitnya. kena seret tuh 100 meter.Tuhan je tahu sakit yang dihadapi dia
YA ALLAH
BESARNYA DUGAAN
masyaAllah.
semoga adik tue cepat sembuh hendaknya.
perit je tgk.
:(
ishhh... takutnye tgk.....
awww pedihnye...
kesiannye.. sedihnye tengok..:'(
aizamia3:
2lh kn..cian tgk..dia je tau mcmne sktnya..
ct n honey:
hrp2 dijauhkn kejadian spt ni dr kuarge kite kn..
rozuan ismail :
2lh wan..dia je tau mcmne sktnye..
Dh lh kck lg..
axie04 :
dugaan tu..
Dh lh br 3thun..skt nye lh kn..
fyna:
kite doakan sme2 lh fyna..kic pn xsanggup nk tgk.
Parah 2..
cik elyn:
tu br tgk kt gmbr je kn..
Cian dak ni aku tgk..
cik najihah:
pedih n sakit tgk..
khadijah:
cian kn..
MashaAllah.......Kesian adik ni....baru umo 3 thn....Moga Allah selamatkan kamu adik....
aiisshhh xpasal2 dak nih jd cm nih~
sakit =(
ya allah, ya tuhan ku... adik haziq ni kwn kpd sepupu aq ,1 taska dgn adk haziq...
Post a Comment