KIC terbaca dalam akhbar hari ni..
berita yang menyayat hati pada sesiapa saja yang baca berita ni..
rasa geram pun ada gak..
korang nak tau lebih lanjut..jom baca berita kat bawah ni..
ni lah gadis yang mati dibunuh dalam keadaan yang menyayat hati..
JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.
Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu. Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.
“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.
“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.
macam2 kejadian jenayah sekarang ni kan..
sangat2 teruk dah..
lepas bunuh, bakar, buang..
seksanya kan..
kesian pada keluarga mangsa..
terpaksa menanggung semua ni..
dugaan yang paling besar..
KIC bukan nak tuding jari pada sesiapa pun..
cuma mungkin masing2 ada kesilapan masing2 kan..
apa2 pun kita doakan moga roh nya di tempatkan di tempat2 orang yang beriman..
Sumber: Harian Metro
19 comments:
takutnya.. T.T
alahaiii...semoga anak2 akak dilindungi..takutnya lah haii
kesian an dye~
btw, x taw lak kenapa org buat dye camtu... mesti ade sebab..
btw, smg ALLAH ampuni dosa dye and ALLAH hukum si pembunuh kejam tu dgn hukuman yg setimpaL~
takut la tengok kejadian sekarang ni.
sedihnya...neyh yang rase dah tak berani nak kelua sendiri lagi....
kejam kan..sekarang jenayah berleluasa~
org y x bsalah pun terlibat sama~
ya Allah...manusia...manusia..
new post : blackhead ini membunuh!
nauzubillah....mintak dijauhkan daripada kita..
nauzubillah....mintak dijauhkan daripada kita..
binatang pun tak bakar mangsanya..
a letter for you
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/dear-wenger.html
sedih gila bace berita ni. manusia skrg suke hati je nk bunuh2 org. T__T
takut gilos..zaman sekarang ni nak main kerat2 orang suke hati je..
nyawa manusia sekarang nie dah macam tak berharga lagi and si pembunuh plak makin berani membuat demikian tanpa takut akan hukuman :(
cian budak nie bayangkan betapa seksanya dia saat itu...
dah tak selamat negara Malaysia
takutnya bila baca cerita2 mcm ni....
kesian gila weih
orang yg buat tu sumpah kejam
Ukur Baju Di Badan Sendiri
kesiannye dyee , org yg buat bnde ni mesti ade salah sangka .
kesiann nyeee ,memang tadee perasaan larh orang yg buat tuh .harap sangat perempuan nieyh aman kat kbur .aminn ~
kejamnye orang yang buat macam tu..:(
sekarang nak buat apa2 pun kena berhati2. takut kot nak keluar rumah lagi2 kita2 yang perempuan ni. sekarang dunia luar makin lama makin bahaya.
Post a Comment