Nursuhaila semasa sidang media..
kisah rumah tangga Jimmy masih tak sudah2 lagi..
si suami tak nak cerai..tapi si isteri tetap mahu cerai..macam2 lah..
tapi KIC berpuas hati lah, selama ni KIC baca keterangan Jimmy je..
sekarang ni KIC dah dengan keterangan balas dari isteri Jimmy..
so kita tahu lah juga hujung pangkalnya walaupun tak semua..
isteri Jimmy, NurSuhaila tetap ingin meminta cerai sebab dah tahan sabar dengan perangai Jimmy..
alasan isterinya Jimmy ni suka menampar dan memukulnya..
dulu KIC pun terfikir juga kenapa isterinya ni lari dari Jimmy selepas 20 hari kahwin..
rupanya ada sebab..
tapi sebenarnya masih boleh berbincang kan..
lagi pun Jimmy nak berubah..
jom kita dengar apa kata NurSuhaila..
SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia. Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.
Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami. Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.
Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.
Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil. Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.
Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil. Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.
Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.
jom kita dengar apa kata Jimmy
SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki. Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.
Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri. Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.
Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil. Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.
Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah. Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.
Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon. Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.
sekarang kita dah dengar keterangan dari kedua2 pihak..
Jimmy sepatutnya lebih tau perangai isteri nya yang memang keras dan suka bersosial dengan kawan2..
mungkin mereka berdua ni masih belum cukup mengenali hati budi masing
sebelum berkahwin..so jadi lah perkara macam ni..
Jimmy memang tak patut naik kan tangan ke muka isterinya dan memukulnya..
KIC pernah membaca sabda Rasullullah bahawa suami tak boleh naikkan tangan ke muka isteri..
kalau nak pukul sangat mesti ada sebab yang kukuh dan selepas bagi nasihat..
jika tak dengar juga baru lah boleh di pukul itu pun di kaki bukan di muka..
hati perempuan ni keras..dan KIC tau isteri Jimmy pun keras juga..
lagi2 mungkin ibu bapanya tak pernah nak memukulnya..
korang dah tau serba sedikit hal sebenar kan..
KIC tak nak komen lebih2..cuma boleh geleng kepala je..
apa2 pun kita harap pertelingkahan ni akan berakhir dan masing2 akan
berdamai..
setiap masalah tu ada jalan penyelesaian..
p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..
14 comments:
alahai...moga masing masing boleh bersifat matang dan memikirkan masa depan anak..
manusia mmg tak pernah lari dari kesilapan..buang yg keruh amik yg jernih..start dr mula balik..
ku doakan yg terbaik buat mereka :)
hi sis! bw here. nice entry.
finally akhirnya dpt feedback dari wife jimmy. asek dgr side jimmy sometimes tak adil utk kite judge jugak kan?.. the key is tolak ansur.. masih belom hati budi masing2 nih.. even bercinta lama.. kan sis? :)
sama ja lepa 2 tu...dah nama pun retis kan...tang mana lg nak luahkan perasaan kalau tak kat media...hehehee,,,mana2 pun kakD tak sokong...lepa yg dlm situasi ni ja yg tau apa yg terjadi...cerita ni boleh diolah mcm2 kan..
laa macam tu ke citer nye..nmpk lembut je jimmy tu tp rupenye kaso gak
Macam2..tak tawu la sapa yg betol sapa yg slh..hmmm..moga dorg dpt selesaikan mslh ni dgn cara berhikmah..
sbb tula jgn men kawen je. ke knl hati budi msg2 dlu. bhya jgk kalau tak sma taraf, kdg2 bukn boleh msuk. pntg dlm ssbuah pkhwinan tuuuu prsefahamn n tolk ansur bru kkl hgga syurga. n plg pntg suami as pembimbing isteri n isteri harus patuh printah suami sbb pntu plg mudh prmpuan utk ke syrga adlh ptuh pd printah suami kn kn kn >.<
pgjrn utk sume :)
http://yanadimple.blogspot.com
akhirnya dengar jua pengakuan wife Jimmy.. tak boleh nak komen apa.. tunggu je berita selanjutnyaa..
Assalamualaikum,
Manusia banyak belajar dari kesilapan. Mungkin, mereka juga begitu...kalau masih ada peluang, demi anak...apa salahnya berbaik semula. bagi tempoh setahun dua. Kalau masih nak sepak terajang segala, DISARANKAN suhaila belajar taekwando je hu hu hu
hmm. due2 mcm ade yg slah ad yg betul. sepatutnye kene la ada tolak ansur. huhu. dunia sekarang senangnyee nak cerai berai. takutt je. haha.
em...x tau la ape nak jadi dunie kawen artis skang ni,..
buat main2 je
macam2. better jimmy cari pompuan lagi jer. hehehe
kawin bagai nak rak....uuummmmtak faham aku.
sedangkan lidah lagi tergigit
Memang la kena penampar dah nak nikah nak kuar jumpa kawan buat apa nak berparti mcm org kafir tu! Buat apa la si jimmy tu nak simpan isteri yg mcm tu memburukkan lg keadaan...memang anak manja la tu! sebab tu penting pegangan agama yg kuat dalam sesebuah rumah tangga. Bersimpati sgt dgn anak pasangan ini. Semoga isterinya bertaubat dan Jimmy kena byk bersabar (x bolehla terus bg penampar je..) dan berdoa. Memang susah nak mendidik isteri yg keras kepala..
Post a Comment