Wednesday, July 6, 2011

Kepala TERSEPIT pada pintu BAS

assalamualaikum u ol..


baru petang ni KIC dapat update blog..
pagi tadi sibuk melayan budak yang KIC jaga tu..
akhirnya dapat juga KIC mengadap blog ni walau sekejap..
nak tak nak terpaksa lah curi2 masa yang ada..
ok lah..berbalik pada tajuk entri KIC ni korang pernah ke alami..
tersepit kat pintu bas..
buat masa ni KIC tak pernah alami lagi lah..
tapi tergelak juga baca kat akhbar Kosmo ni..
kesian pun ada juga..huhu..



kesian gadis malang ni..
tak pasal2 kepala dia tersepit kat pintu bas..


ANHUI - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.
Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan.

kecian kan..?huhu..nak tergelak pun ada ni..
korang pernah alami ke pengalaman macam ni menaiki pengangkutan awam..?


sumber: Kosmo

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

9 comments:

Aini Azman said...

waaaa,.kalau saya tu dah guling2 nanges,.siap nak saman pemndu bus tu sbb careless,.huhuhu

Unknown said...

pergh ngerinyaa..lagi satu kan klu masuk lif, aish isau je masuk lambat..takut tersepit..haha

~naddy~ said...

sgt kesian. membe nad penah tersepit tangan nek LRT.. hoho kesian betol.

Unknown said...

ada orang terkepit tangan dekat pintu komuter.masa komuter start gerak.dah tau komuter nak gerak,hulur tangan lagi.erk.

amni azmira said...

kaki tersepit masa pintu bas terbuka sbb duduk dekat tangga pintu bas..nsib bek bole kuar..hee ^_^

Shiema Sufian said...

scary nye. arghhh!

eB said...

uish... sakitnyerrrrrrrrrr

aizamia3 said...

lah.. kesiannya..

ain revival said...

xpernah kena.tapi pernah tgok orang lain kena.

ade budak tersepit kaki masa pintu bus nak tertutup ..kesian~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...