Sunday, July 31, 2011

Persengketaan antara JIMMY dan ISTERI..Apa Kesudahannya..?

assalamualaikum u ol..


sebelum ni ramai yang nak tau kisah sebenar tentang rumah tangga Jimmy ni..
sebelum kelahiran anak nya, Zahrah Shanley
hanya Jimmy sahaja yang mengeluarkan kenyataan..
tapi isterinya, NurSuhaila hanya mendiamkan diri sahaja
tanpa membuat apa2 kenyataan balas..
itu kita baru dengar sebelah pihak kan..
tapi selepas kelahiran Zahrah, semua nya terbongkar..
kenyataan demi kenyataan di buat oleh isteri Jimmy
dan mendedahkan faktor utama keretakan rumah tangga mereka disebabkan 
Jimmy pernah memukul dan terlalu mengongkong..
ada kenyataan isterinya yang mengejutkan pelbagai pihak..
KIC pun terkejut juga bila dengar cerita ni..
tak sangka lah kan..
sebelum ni pun KIC ada bercerita
tentang pasangan ni di Isteri Jimmy Tetap Mahu Cerai..
so korang nak tau lagi, korang baca lah kenyataan balas dari NurSuhaila ini..





SAYA Nursuhaila Eliani isteri kepada Jimmy Shanley ingin membuat kenyataan bahawa Jimmy Shanley tidak siuman. Semasa kami berbulan madu di Koh Samui, Thailand, baharulah saya tahu yang dia seorang panas baran. Memang tidak sangka yang dia boleh 'naik tangan'. Tapi, ketika itu saya diamkan sahaja dan tidak memberitahu kepada ibu bapa. Saya tidak mahu mereka campur tangan. Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

Jika betul sekali pun mahu ubah saya, tidak perlu sebegitu pantas. Saya boleh berubah, tapi berilah masa dan biarlah saya lakukan secara perlahan-lahan. Adalah mustahil untuk berubah terus.

Saya memang tidak ada kawan luar, kawan-kawan yang saya ada pun semuanya kawan semasa di sekolah dahulu. Dia memang tidak benarkan saya keluar rumah, malah semua kena ikut cakap dia. Padanya, dia lebih sukakan suasana 'privacy' yang tidak perlu bercampur dengan orang ramai. Tidak bagi saya yang lebih sukakan suasana ramai, seperti malam ini. Dia mahu saya ikut cara dia, tetapi kenapa dia tidak mahu terima cara saya dengan keluarga yang sememangnya riuh.

Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang. itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

Sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupan saya tidak tenteram kerana kami sering bertengkar disebabkan dia enggan membenarkan saya keluar bersama rakan-rakan.

Malah dia (Jimmy) sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarga saya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan. Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami. 


Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan. saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni. Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum contohnya pergaulan Jimmy dengan sanak saudara sebelah saya sangat dingin. setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bersapa dan bersalaman dengan sanak saudara.

Suhaila turut mendakwa Jimmy gilakan publisiti dan tidak pernah cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah malahan pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibunya, Datin Muniroh Kasim.


ini lah serba sedikit pengakuan dari isteri Jimmy..
macam2 kan dunia artis ni..
kadang2 tak boleh salah kan sebelah pihak..
mungkin masing2 ada pendirian sendiri kan..
KIC hanya mampu gelengkan kepala je dengan kisah mereka ni..
harap2 ada lah jalan penyelesaian yang terbaik..
sekarang ni NurSuhaila sedang usaha untuk mendapatkan hak penjagaan anak nya..
apa2 pun kita tunggu lah keputusan mahkamah..
sama ada mereka masih bersama atau tak..
doakan lah yang terbaik untuk pasangan ni..


hadiah menarik menanti korang...=)



p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

9 comments:

AyiLarimA said...

Dugaan dalam kehidupan. Kita sbg insan biasa, harus kuat menempuh segala dugaan dari-NYA.

Unknown said...

tak tahu nak salahkan sape. mereka lebih mengetahui..kita sebagai peminta hanya mampu doakan kebahagian mereka berdua dgn jalan yg mereka pilih.. InsyaAllah.

Solihahazahar said...

tak sangke jimmy mcm tu ekk ...

Abe Goreng said...

artis mcm2 hal.xtw mne btol mane slh.-_-"

Update terbaru : Kisah Dobi Layan Diri!

merahitujambu said...

lumrah kehidupan...salam ramdhan yaa

mrs kayrul said...

harap2 dibulan puasa nie..ada jalan penyelesaian terbaik untuk diorang tue

Liza @ Adzriel AB said...

sedih bila hal2 remeh mcm ni berlaku. moga masing menilai kembali kesilapan diri masing2.

Liyana Aziz said...

entahlah, macam2... hakikatnya hanya mereka yang tahu apa yg sebenarnya yg terjadi...

hazaikazulkafli said...

xyah hamek port la...pandai2 la dorang setel..Allah Taala je tahu siapa betul siapa salah...kita tggu dan lihat je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...