Sunday, February 27, 2011

~ Tips sayang kulit.... ~

assalamualaikum u ol...

waaa...ari ni nak cerita tentang kesihatan kulit pula..
kita bukan perlu jaga luaran je..tapi kesihatan dalaman pun [enting juga kan..
semua orang nak kan kulit yang halus, putih, gebu...huhu...
kadang2 tu ada yang sanggup laburkan duit semata inginkan kulit yang cantik..
kita kena tahu yang asas dulu, baru la kita praktik kan..
tak salah melabur duit yang banyak pada wajah korang..
tapi perlu la ada hasil yang baik..
saya bukan la pandai sangat..cuma nak kongsi je la sikit2..
jom lihat apa tips2 nya:

1. pembersihan wajah
haaa..yang ni paling penting.ada yang tersilap tentang cara pembersihan wajah ni sebab diaorang ni kerap bersihkan muka,kadang2 sampai 3-4 kali sehari..sebenarnya tak elok tau, membuatkan kulit kita kering dan kalau dah kering tu akan memaksa kelenjar minyak keluarkan kuantiti minyak yang banyak dan membuatkan kulit berminyak..sepatutnya korang bersihkan muka tu dengan teratur sekurang2nya 2 kali sehari dan gunakan pembersih yang sesuai ikut jenis kulit..cara ini lebih baik untuk menghasilkan kulit yang lembut dan bercahaya..

2. bersihkan muka dengan sabun
yang ni salah tau..mana boleh bersihkan muka dengan sabun mandi..korang ingat sabun mandi tu 2 in 1 ke?huhu..jangan buat macam ni tau walaupun dalam keadaan darurat. sebabnya sabun ni mengandungi bahan yang tak sesuai untuk kulit muka yang lembut tu..so korang gunakan la pembersih yang memang khas untuk wajah korang. nak cerita pengalaman ni..huhu..sebelum ni ade ternampak orang cuci muka pakai shampoo Rejoice tau..dahsyat..huhu..

3. air panas ke air sejuk
yang ni tentang jenis air basuhan muka..so korang jangan la guna air panas ye untuk basuh muka..konon2 guna air panas ni bakteria mati..huhu..tak ada nya..kalau korang guna air panas masa cuci muka, akan menyebabkan kulit muka jadi lebih sakit disebabkan iritasi. so lebih baik korang gunakan air sejuk atau air suam untuk cuci muka..sebabnya air suam boleh membuatkan kulit lebih relaks, air sejuk pula, buatkan kulit wajah jadi lebih segar dan boleh juga menutup pori2..

4. banyakkan minum air masak
haaa...yang ni pun penting bukan sahaja untuk kulit tapi juga untuk tubuh badan kita. ini disebabkan kulit kite ni akan kering sebab terdedah pada cahaya matahari yang terik, kalau duduk dalam ruang yang berhawa dingin pun boleh jadikan kulit kita kering..so pastikan korang minum 8 gelas sehari..

5. kulit berminyak
korang jangan asyik nak hilangkan minyak kat muka tu..tapi jaga keseimbangan dan juga kebersihan kulit paling penting. sebab minyak pada kulit akan sentiasa keluar, cuma pada kadar banyak atau sikit. kalau minyak pada muka tu terlebih, tekapkan tisu2 khas untuk menyerap minyak pada muka korang yang berminyak tu. jangan lupa gunakan pelembab untuk kulit nampak lembap dan kenyal.

6. kulit berjerawat
ada orang menganggap kalau selalu cuci muka boleh hilangkan jerawat. lepas tu cuci muka dengan menggosok2 kulit dengan kasar. yang ni silap besar la sebab korang kena cuci muka dengan teratur untuk tolong pengeluaran sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan juga kotoran pada muka. kalau terlalu kerap dan cuci muka dengan kasar, ia akan membuatkan jerawat lebih teruk lagi. lebih baik korang bersihkan muka perlahan2 mengikut cara yang betul 2 kali sehari lepas tu keringkan muka dengan tekapkan tuala secara lembut dan perlahan..


6 comments:

Aku Bernuansa Pakai HATI said...

good, nice tips, member aku siap cuci muka ngan ubat gigi darlie, dia kata best, sebab berangin je. last2, kulit dia sekarang berjerawat.

aNnE said...

nak jaga muka dan badan lepas ni..haha<--ayat macam selama ni tak jaga je..haha ;p

mamaaedrean said...

nak jaga badan gaks ;p

Nour Akmal said...

Aku Bernuansa Pakai HATI :

pkai ubat gigi darlie?dahsyat tu..huhu..blm dibuat orang kot..

Nour Akmal said...

aNnE :

jom kita sama2 jaga...=)

Nour Akmal said...

mamaaedrean :

penting jaga badan luar dalam...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...