Monday, February 28, 2011

~ Masih ada yang tinggalkan link.. ~

assalamualaikum u ol...

entri ni bukan la nak tujukan pada sapa2..
tapi masih ada lagi yang buat..
lagi2 tinggalkan link blog kat komen orang lain di group2 blogger..
selalu juga kena..saya pasti geng2 yang lain pun pasti kena benda yang sama..
kita post komen atau pun promote entry terbaru..
tapi ada je yang selitkan link pada komen2 tu..
bukan apa..blogger lain kadang2 rimas juga..post2 diaorang kat group penuh dengan link blogger lain..
kan tak best macam tu..hormat la blogger lain ye..
tak seronok la kalau letak link kat post orang lain..
kalau setakat post link yang ada entry terbaru tu tak pe la..
tu memang dah perkara biasa..
tau korang nak promote blog korang..tapi ada cara lain kan..
kadang2 kalau nak cepat2 sangat takut sangkut pula nanti..
banyak lagi yang korang boleh buat untuk promosikan blog korang..
promosi cara sihat...=)
antaranya :

1. blogwalking..
korang serbu la blog2 lain..baca dan tengok blog diaorang..tak rugi pun..korang komen la entry2 diaorang dan boleh selitkan sekali link blog korang tu..kan lebih baik macam tu..

2. promote blog
yang ni pun korang boleh buat kalau nak ramai readers datang blog korang..contohnya promote la entry terbaru korang kat group2 di FB tu, macam Sahabat Blogger, Kami si Blogger, Diari Sahabat Blogger, Komuniti Gila Blog, Kawan Blogger dan banyak lagi..untung2 ada yang berminat nak baca entri terbaru korang tu kan..

3. join contest atau pun bloglist blogger lain
haa...yang ni korang kena rajin la..kalau ada apa2 contest boleh je join..sekurang2nya korang leh juga promote blog korang pada blog blogger lain kan..lepas tu kalau ada blogger2 senior yang nak buat bloglist apa salahnya korang join..ada kebaikannya tau..tak caya cuba la..

4.jadikan blogger lain sebagai sahabat
yang ni pun best juga sebenarnya..dalam dunia blog ni kita akan dapat ramai kawan baru tau..so rapat2kan la diri korang dengan otai2 blogger ni..sekurang2nya boleh juga korang menimba ilmu blog ni dari diaorang..kalau kita rajin nanti akan ada juga geng blogger kita yang akan tolong promote blog korang tu nanti..percaya la..=)

5. follow blogger lain
rajin2 la follow blogger2 lain dan selalu la follow entri diaorang..jangan tau follow je pas tu tinggal..huhu..tak best la macam tu kan..kalau follow tu follow la betul2..jangan follow, pas tu tinggal..kalau korang rajin komen entri diaorang pasti nanti blog korang akan di serbu oleh blogger lain..

~ peliknya..macam susah nak percaya.. ~

assalamualaikum u ol..



pelik....tapi ini la kejadian yang terjadi di sebuah kampung di Kepala Batas..
kejadian aneh ini berlaku di kampung lembah raja, pinang tunggal..
apa yang aneh dan pelik adalah disebabkan sepohon pokok petai yang mengalirkan 'air mata'
haaa..pelik kan..tapi ini la yang terjadi..
kandungan air yang jatuh dari pokok ini pun dalam kuantiti yang banyak..
walaupun pada hari cuaca panas..
kejadian ini mengemparkan seluruh penduduk kampung ini dan juga
penduduk kampung berhampiran..
mula2 baca cerita ni memang susah nak percaya..
tak kan la pokok petai tu menangis kot..huhuhu..
apa2 pun layankan je la..=)


'air mata' pokok petai yang ditadah..


~ sangat2 geram ni..bikin hati panas je.. ~

assalamualaikum u ol..


dari semalam hati ni panas je la..
semuanya disebabkan line internet yang lambat macam kura2..
kat kolej lagi la..mak cik wireless langsung tak berfungsi..
malam tadi rasa tak boleh tido je sebab tak dapat update blog..huhu..
asyik usaha untuk cari line internet..
tapi tetap tak berjaya..
hari2 minggu la dia buat hal..
emmm..sakit hati bile terpandang benda ni kat screen laptop saya..


tu yang lari bertapak kat library jap..
sampai kat library line internet pula buat hal..
memang lembap..
tunggu loading macam boleh buat maggie rendam je ni..
nasib la kat library..
kalau kat bilik memang dah santap maggie dulu la ni..
aduiii...time ni la dia nak buat hal..

KATEK MAHU REVIEW BLOG!!

assalamualaikum..

hari ni mood nak join blog blogger lain la..
kali ni saya nak join blog puteri katek pula..=)
 dia nak buat blog review..so kalau korang nak join juga..
klik sini...






nak cerita sikit pasal blog saya ni..
blog saya ni masih baru lagi..
baru je dua bulan lebih..
blog ni bukan hanya saya cerita pasal diri saya sahaja..
tapi pasal isu semasa dan juga tip2 tentang blogger dan juga tips2 kecantikan pun ada..
macam2 la yang ada kat blog saya ni..
nak tau korang kena la terjah dulu..
baru tau menarik ke tak..=)

Sunday, February 27, 2011

~ Tips sayang kulit.... ~

assalamualaikum u ol...

waaa...ari ni nak cerita tentang kesihatan kulit pula..
kita bukan perlu jaga luaran je..tapi kesihatan dalaman pun [enting juga kan..
semua orang nak kan kulit yang halus, putih, gebu...huhu...
kadang2 tu ada yang sanggup laburkan duit semata inginkan kulit yang cantik..
kita kena tahu yang asas dulu, baru la kita praktik kan..
tak salah melabur duit yang banyak pada wajah korang..
tapi perlu la ada hasil yang baik..
saya bukan la pandai sangat..cuma nak kongsi je la sikit2..
jom lihat apa tips2 nya:

1. pembersihan wajah
haaa..yang ni paling penting.ada yang tersilap tentang cara pembersihan wajah ni sebab diaorang ni kerap bersihkan muka,kadang2 sampai 3-4 kali sehari..sebenarnya tak elok tau, membuatkan kulit kita kering dan kalau dah kering tu akan memaksa kelenjar minyak keluarkan kuantiti minyak yang banyak dan membuatkan kulit berminyak..sepatutnya korang bersihkan muka tu dengan teratur sekurang2nya 2 kali sehari dan gunakan pembersih yang sesuai ikut jenis kulit..cara ini lebih baik untuk menghasilkan kulit yang lembut dan bercahaya..

2. bersihkan muka dengan sabun
yang ni salah tau..mana boleh bersihkan muka dengan sabun mandi..korang ingat sabun mandi tu 2 in 1 ke?huhu..jangan buat macam ni tau walaupun dalam keadaan darurat. sebabnya sabun ni mengandungi bahan yang tak sesuai untuk kulit muka yang lembut tu..so korang gunakan la pembersih yang memang khas untuk wajah korang. nak cerita pengalaman ni..huhu..sebelum ni ade ternampak orang cuci muka pakai shampoo Rejoice tau..dahsyat..huhu..

3. air panas ke air sejuk
yang ni tentang jenis air basuhan muka..so korang jangan la guna air panas ye untuk basuh muka..konon2 guna air panas ni bakteria mati..huhu..tak ada nya..kalau korang guna air panas masa cuci muka, akan menyebabkan kulit muka jadi lebih sakit disebabkan iritasi. so lebih baik korang gunakan air sejuk atau air suam untuk cuci muka..sebabnya air suam boleh membuatkan kulit lebih relaks, air sejuk pula, buatkan kulit wajah jadi lebih segar dan boleh juga menutup pori2..

4. banyakkan minum air masak
haaa...yang ni pun penting bukan sahaja untuk kulit tapi juga untuk tubuh badan kita. ini disebabkan kulit kite ni akan kering sebab terdedah pada cahaya matahari yang terik, kalau duduk dalam ruang yang berhawa dingin pun boleh jadikan kulit kita kering..so pastikan korang minum 8 gelas sehari..

5. kulit berminyak
korang jangan asyik nak hilangkan minyak kat muka tu..tapi jaga keseimbangan dan juga kebersihan kulit paling penting. sebab minyak pada kulit akan sentiasa keluar, cuma pada kadar banyak atau sikit. kalau minyak pada muka tu terlebih, tekapkan tisu2 khas untuk menyerap minyak pada muka korang yang berminyak tu. jangan lupa gunakan pelembab untuk kulit nampak lembap dan kenyal.

6. kulit berjerawat
ada orang menganggap kalau selalu cuci muka boleh hilangkan jerawat. lepas tu cuci muka dengan menggosok2 kulit dengan kasar. yang ni silap besar la sebab korang kena cuci muka dengan teratur untuk tolong pengeluaran sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan juga kotoran pada muka. kalau terlalu kerap dan cuci muka dengan kasar, ia akan membuatkan jerawat lebih teruk lagi. lebih baik korang bersihkan muka perlahan2 mengikut cara yang betul 2 kali sehari lepas tu keringkan muka dengan tekapkan tuala secara lembut dan perlahan..


~ design yang baru..berwajah baru ~

assalamualaikum u ol..


selamat pagi, dah gosok gigi..???=)
pagi2 dah sarapan blog..
huhu..kenyang ke?
kenyang juga la..
biasa la kan pagi minggu..
macam ni la aktiviti harian...=)
malam tadi gatal tangan nak ubah suai mana yang patut dalam blog ni..
klik kat dashboard > design > template designer..
kat sini la saya godek2..=)
rasa nya sekarang ni lebih ok dan lebih kemas kot..
saya suka...!!!huhuhu..
korang rasa ok tak??
huhuhu...=)

~ follower 500th ~

assalamualaikum u ol...





suka sangat kan bila apa yang kita buat diterima orang ramai..
thanks kepada yang sudi support blog saya ni..
belum pun 2 bulan dalam dunia blog ni tapi ada juga yang
sudi singgah teratak blog saya ni..
tak kira la follower saya, mahupun silent reader blog saya ni..
terima kasih sangat2..


tak sangka blog saya ni dah capai 500 follower..
satu angka yang besar bagi blogger baru macam saya ni..
saya selalu cakap yang saya ni blogger baru sebab
banyak lagi yang saya perlu belajar dalam selok-belok dunia blog ni..
cuma saya harap ada yang support saya..
moga2 kita sama2 berjaya nanti..=)


ni la dia follower saya yang ke 500... :



maldinifaridkamil

sapa tak kenal blogger ni..
ala..yang suka "like2" kat group blogger la..
tak kira la kat Sahabat Blogger ke Kami Si Blogger ke or apa2 je la..
mesti post kite tu dia yang like..huhu..
memang muka like la dia ni..huhu..
tak caya korang pergi la cek..
nama FB dia pula Farid Kamil Maravilla
teruskan usaha anda like2 ye..=)



Saturday, February 26, 2011

~ suka design botol perfume ni..~

assalamualaikum u ol...

malam2 ni nak cerita pasal minyak wangi la..
bukan minyak urut atau minyak pengasih ye..huhu..
bukan apa..minyak wangi ni sesuatu benda penting dalam hidup kita..
betul tak?
lagipun kadang2 ada orang cerewet dengan aroma minyak wangi yang digemari..
tapi kalau dah sebati dengan sesuatu minyak wangi tu..
so mungkin akan kekal dengan minyak wangi yang sama..
saya saja nak share dengan korang tentang minyak wangi ni..
suka design minyak wangi ni..=)
semuanya cantik2..suka2!




ANNICK GOUTAL Le Mimosa
50ml - rm369
100ml - rm499
haruman bunga yang sangat mengasyikkan..
botol yang unik..mempunyai reben bintik kuning emas yang dililit..




Peace, Love & Juicy Couture
50ml - rm264
100ml - rm341
ia mengambarkan keseronokan dan kegembiraan,
bau harum bertemakan bunga-bungaan..




BOSS Orange Sunset
50ml - rm208
75ml - rm270




Ricci Ricci Dancing Ribbon
50ml - rm253
design yang sangat sweet..
apabila reben menari2..=)
aroma yang sangat lembut,aroma rasberi dan sedikit bancuhan halia..
ditambah lagi dengan aroma bunga yang sangat wangi..


~ shooping di alam maya..ok ke? ~

assalamualaikum u ol...

petang2 ni nak kongsi pendapat dengan korang
tentang isu shopping alam maya ni..
korang pernah ke try shooping kat alam maya ni?
sejujur2nya saya belum lagi mencuba..
mungkin saya ada sebab sendiri kot kenapa belum pernah mencuba..
tapi saya tahu ramai kat luar sana
gunakan alam maya ni sebagai perantara shooping..
dah jadi trend dah pun..
memang maju dah..beli barang on9 je..

mungkin ada yang mengatakan mudah dan menyenangkan..
diaorang ni lebih suka shooping alam maya ni berbanding
pergi sendiri ke shooping mall dan di mana2 sahaja..
mungkin mereka sibuk, tak ada masa nak keluar shooping,
malas nak meredah kesesakan jalan raja,
berhimpit2 dengan orang ramai, susah mencari parking,
yang best, hanya duduk depan komputer dan klik..
ini lah kemungkinan kenapa orang ramai gunakan shooping on9 ni..
lebih mudah bagi diaorang..
cuma cari barang di on9, buat pemilihan, buat bayaran
dan barangan akan sampai dirumah..
memang sangat mudah kan..?
barang on9 pun sama je dengan barang di shooping mall..
mungkin juga lebih murah dan banyak pilihan..

barang yang selalu jadi pilihan beli belah di on9
contohnya macam tudung, kosmetik, beg, baju, dan macam2 lagi la..
ada juga yang saya dengar beli laptop pun secara on9..
haaa...ni dah kira ngam la dengan pembelian on9 ni kan..

ada juga yang mengatakan bila dah shooping on9 ni..
bila dapat barang tak sama dalam gambar..
tak berpuas hati la kan..tu perkara biasa..
ada pula yang lebih suka belek barang tu depan mata,
kalau baju atau tudung tu nak mengacu pada badan sendiri..
lebuh puas hati katanya..
kadang2 saiz pun tak sama nak kena agak saiznya..
sebab kadang2 saiz ni berbeza..
dan yang paling sedih bila barang tak sampai ke rumah..huhu..

apa2 pun terpulang pada korang..
sebab shooping alam maya ni dah popular sekarang ni..
memang dah jadi trend dah pun..
ramai yang lebih suka shooping on9..


ni saya nak bagi tips sikit shooping alam maya ni.. :

1. baca terma dan syarat yang penjual nyatakan..faham kan dan kalau ada kemuskilan sila la bertanya sebelum buat apa2 pembayaran..

2. tengok dan periksa barang dulu, jangan terburu2 buat perbelian..buat la ukuran sendiri berdasarkan apa yang diberitahu.pastikan tak tertipu la ye..

3. buat la perbandingan harga.tengok la kos penghantaran tu, relevan ke tidak.

4.jangan dedahkan maklumat diri dan nombor akaun kepada umum. contohnya kalau pembelian di FB, e-mel ataupun inbox maklumat ke inbox, bukan wall penjual..

5. elakkan tertipu, pastikan la keweujudan website. tanya rakan dan minta pendapat. buat la pilihan yang bijak dan jangan la terlampau teruja hendak buat pembelian hingga rugikan diri sendiri..




~ Blog yang best untuk diterjah...=) ~

assalamualaikum...
selamat pagi,dah gosok gigi?huhu..
pagi2 lagi dah menghadap blog..
saya ni kadang2 suka juga blogwalking ni..
selalu la singgah blog yang best2..
so tibe2 pula nak suggest kat korang blog pilihan saya ni..
jom la kite terjah ramai2 blog mereka..huhu...=)


1. annenyss
nampak pink je bila masuk blog ni..simple tapi menarik..suka baca entry blogger ni..nak ice-cream boleh la beratur kat sini..

2. qasehdalia
blogger yang popular dalam Sahabat Blogger..entry blog dia ni best, dan selalu update blog..masa mula2 saya buat blog ni terus follow blogger ni..

3. Master faiz
suka dengan trademark blogger ni.. "walau tanganku dirantai sekalipun, aku tak akan berhenti menulis".. bersemangat je dengar kata2 ni..

4. misz elyn
dia ni rajin lawat blog saya..apa yang best blogger baru ni ye..otai blogger pun follow blog dia..nak tau..jom terjah..

5. atiq salleh
yang ni orang kuat Sahabat Blogger..tak sombong orangnya tau..blog yang simple tapi penuh dengan isian yang berguna..tak percaya?haaa...terjah la dulu..

6. Joel leslie
blogger yang rajin terjah blog saya..haaa..kalau korang nak tau pasal blog dia ni..jom kita serbu blog dia ramai2...

7. myung dae
seorang blogger baru, tapi ada idea yang banyak. susunan blog yang agak baik..tukang conteng header, kreatif tau.. suka datang blog dia sebab blog dia smart dan tak sesakkan mata memandang..


korang nak juga ke?
tunggu.........
mungkin lepas ni giliran korang pula..=)


Jom join Bloglist Pak Cek Biola..

assalamualaikum u ol...


nak join bloglist pak cek biola la..
macam best je..
kalau korang pin nak join..klik sini..
semua syarat ada kat situ..
mudah dan senang..




kategori pilihan saya adalah
Blogku Hot..
sebab blog saya warna merah..macam hot je kan..huhu...=)

3 mangsa tag saya :

misz elyn
afiqah sya
fafarara

~ tidur bertemankan laptop, berbantalkan blog ~

assalamulaikum u ol...

ganas kan saya ni..
beleh pula tidur bertemankan laptop, berbantalkan blog..
parah ni..huhu...tapi korang jangan salah paham..
saya bukan tidur dengan laptop pula..huhu..
saja je buat perumpamaan macam ni..
huhuhu...=)




best ke tidur bertemankan laptop macam ni...?
macam nak try je..huhuhu...=)




yang ni lagi canggih..siap ade bantal khas lagi
kalau nak tidur bertemankan laptop..
syoknyaaa....baru la boleh berblog 24 jam..huhu




yang ni mungkin penat sangat melayan blog kot..
sampai tidur atas laptop..
mata dah tak tahan la tu...




tengok la tu..
wahhhh...samapai macam tu sekali..
pakej ni..
senang kalau terjaga dari tidur, dapat idea terus leh update blog..
kan mudah..huhu...


*gambar dari pakcik Google...=)

Jom join bloglist Myung Dae

assalamualaikum u ol...





pagi2 buta ni nak join bloglist myung dae ni..
blogger ni masih baru dalam dunia blog..
tapi2 macam2 idea dia dah ketengahkan..
sampai la dia buat bloglist ni..
apa2 pun jom la kite support blog dia ni..
kalau nak join..klik sini..
syarat2 sume ada kat situ..
mudah je pun..

ni saya tag 3 orang kawan..

cik elyn
gulagulahati89
irzat adam


nak join bloglist ni sebab bagi saya blog myung dae ni
memang berpotensi untuk popular..
dia pandai promosikan blog dia..
dia ni tukang conteng2 header tau..
smart gak...=)




Friday, February 25, 2011

~ Korang dilarang buat ni kalau tengah marah ~

assalamualaikum u ol...

sapa yang tak pernah marah kan..?
semua orang ada perasaan marah..
cuma ada yang tunjukkan dan ada yang simpan..

perkara yang dilarang kalau tengah marah :


1. jangan jerit sesuka hati..
haaa..yang ni jadi masalah..bile marah jerit2 tak tentu hala..kalau boleh nak terkeluar anak tekak tu..aduii..bingit telinga kalau dengar..

2. jangan main baling2 barang.
haa..yang ni lagi parah..marah orang lain benda lain jadi mangsa..tak berbaloi pun baling2 barang tu..kadang2 tu baling bantal la..bear la..beg la dan apa2 je la yang larat nak angkat dan baling..huhu...kan jadi kerja nak kemas2 ni..

3. jangan bersendirian..
bukan tak bagi duduk sorang2..tapi takut membebel sorang2 je nanti..so tak pasal2 orang cakap dah gila..huhu..so cari la kawan2 yang boleh luahkan apa yang terbuka..

4. jangan buat orang marah dengan kita pula..
dah la tengah marah..so jangan la buat orang marah kite pula..so bila marah tu kawal sikit..jangan macam orang hilang akal..huhu..=p

5. jangan guna bahasa kesat..
yang ni lagi satu..kalau marah tu main keluar je apa2 dari mulut tu..kadang2 sampai tak sedar dah cakap benda yang tak patut pun di keluarkan..haaa...jaga2..lagi2 yang perempuan ni..tak manis sungguh kalau ada bahasa2 kesat atau kasar yang di ucapkan..


apa2 pun kalau marah..jangan la terlebih emosional pula ye..



~ susah sangat ke nak senyum...?? ~


assalamualaikum u ol...




ada apa dengan senyum...?
haaa..korang ni kategori senang senyum ke susah nak senyum..?
senyum ni banyak kelebihannya tau..
boleh menegangkan otot muka tau sekali gus dapat mengubah mood kita..

Orang tersenyum ni kadang2 ada banyak sebab, contohnya sebab berjenaka..
ataupun time ambil gambar..memang senyum sampai ke telinga..huhu..
tapi, kadang2 orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan..
macam2 yang boleh membuatkan kite tersenyum..
lagipun " senyum itu 1 sedekah..=)
senyum la..sebab ia akan membuatkan diri korang lebih selesa..

saya nak cerita pasal jenis2 senyum ni..lagi2 senyuman perempuan ni..huhu..
so terukan membaca ye...=)

1. Senyum tanpa menunjuk gigi
mungkin orangnya pemalu..tu yang senyum tersipu2 tu.. orangnya pun mungkin pandai simpan rahsia dan tak suka jaga tepi kain seluar orang lain. Mungkin juga giginya rongak atau kuning atau pun palsu..sebab tu tak nak tunjukkan gigi..huhu..

2. Senyum dgn mempamerkan gigi
diaorang ini senyuman ratu cantik kot. tidak mudah dikawal, sosial, petah bercakap dan suka berhias. kalau korang bersama dengan orang kategori ni, kena ada kesabaran yang tinggi sebab diaorang ni jadi tumpuan lelaki lain yang mengelegak perasaannya..

3. Senyum tersipu-sipu
keanak2kan kot..manja gitu..huhu..jangan terkejut kalau diaoarang ni suka betul mintak macam2 dan merengenk bila tak dapat..bahaya ni..tapi perempuan kategori ni romantis dan jujur tapi sangat boros kot. senyum pun asyik mengiring je, sebab tu la kepala diaorang ni pun teleng..huhu..

4. Senyum tapi tak senyum
pelik pula bunyinya..senyum ni luar biasa kot..Lain macam kan bunyi die.. diaorang ni dikatakan misteri dan juga susah nak dekat..kalau jumpa di malam hari, segera lari jika dilihat berjalan tanpa kaki...huhu..seram weii...

5. Senyum memanjang
perempuan kategori senyum macam ni suka berkhayal dan ada daya imginasi yg tinggi..boleh dikategorikan sebagai orang yg kreatif. Kadang2 suka menyendiri dan pendam perasaan.. Kemungkinan besar juga adalah perempuan kurang waras.huhu..

6. Senyum menggoda
haa...yang ni lain macam sikit..bersemangat waja, cita2 tinggi, dan tak cepat mengalah. Sebaiknya kaum adam ni diminta buat medical check-up sebelum buat keputusan kalau nak jadikan perempuan ni teman hidup, kemungkinan juga kategori ini adalah spesies jantan yg telah berevolusi melalui kaedah pembedahan...huhu..

* cuma berkongsi cerita..tak ada kaitan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia..=)

tak rugi pun kalau kita senyum..jangan la bermasam muka..
muka cepat berkedut nanti..huhu...
kalau masam je..orang pun takut nak dekat..



pinjam gambar bayi dua orang ni dari pak cik Google..=)


~ Tips jaga muka...=) ~

assalamulaikum u ol...

saya ni bukan la pandai sangat bab2 penjagaan muka ni..
tapi cuma nak kongsi dengan korang je..
mana tau sikit sebanyak boleh membantu..

1. kalau korang cuci muka tu, jangan la lupa bahagian leher tu..sebenarnya bahagian leher pun penting juga untuk di jaga kerana leher akan menunjukkan apa2 masalah berkaitan kulit..lagi2 kalau penuaan..memang akan nampak di bahagian leher dulu la..so kalau tak nak nampak cepat berkedut2 kena la jaga bahagian leher juga ye..

2. jangan lupa pada penyegar..sebab penting sangat. masa nak sapu penyegar tu pastikan kapas korang tu di basahkan dengan penyegar sebanyak 70% tau.. pastikan korang sapu dan bersihkan muka sampai kapas tu tak ada lagi kotoran..

3. kalau korang nak cuci muka, sapu penyegar atau apa2 pun produk, pastikan korang sapukan pada kulit menghala ke atas. jangan korang tarik kulit kebawah pula, nanti kulit cepat kendur dam kurang anjal..

4. jaga bahagian mata korang, kalau sapu pelembap atau apa2 produk lain jangan sampai terkena bahagian sekitar mata. krim khusus je yang boleh singgah kat mata korang tu ye..

5. jangan lupa pakai tabir suria di waktu siang. kalau waktu malam pula jangan lupa pakai krim malam sebelum tidur, nanti muka tu rasa segar je esoknya. rugi la kalau korang abaikan penjagaan malam ni sbb waktu begini la kita boleh memulihkan keadaan kulit yang telah terdedah radikal bebas pada siang hari...


Thursday, February 24, 2011

~ perubahan selepas jadi seorang blogger ..~

assalamualaikum u ol..

kalau kita buat sesuatu yang baru..
yang kite tak pernah buat lagi..
mesti ada perubahan yang berlaku..betul tak?
sama la juga dengan saya..bila menceburkan diri dalam dunia blog ni..
macam2 perubahan yang ada..
sampai kadang2 saya pun tak percaya yang saya boleh berubah..
kawan2 pun cakap macam tu juga..
saya terima je apa2 pun yang diaorang cakap..
saya ambil positif..
sebab kawan2 saya semua bagi sokongan..

yang pertama sekali perubahan yang ketara adalah
masa saya menghadap laptop ni..
memang banyak habiskan masa depan laptop ni..
sampai kawan2 saya pun ada yang terasa hati..
sebab saya jarang dah layan diaorang..huhu..
tapi saya try la explain..
takut ada yang salah paham..
dulu saya on laptop cuma buka FB dan main game je..
tapi sekarang saya dah ada blog..lagi best..huhu..
so memang banyak masa saya depan laptop ni..

lagi satu perubahan saya banyak tahu tentang isu semasa..
banyak membaca..cepat tau kalau ada apa2 isu..
yang tu sangat best..saya banyak baca blog2 rakan2 yang lain..
so macam2 yang saya baca..

makan blog..tak ada makan nasi..
huhu...yang ni memang parah la..
sebab kadang2 tak rasa lapar pun bila dah menghadap laptop..
rasa kenyang je..huhu
waaahhh..dahsyat kan..

dah ada blog ni ada je idea nak share..
idea tu datang dengan sendiri..huhu..
ada je benda saya nak cerita..
kawan saya cakap " dah tak ada ke benda lain nak cakap,selain blog..?
tapi saya tak la obses sangat dengan blog ni..
cuma tak boleh hidup je tanpa blog..huhuhu...(poyo je)

sekarang apa2 pun akan dahulukan blog dulu..
update dulu..buat apa2 yang patut kat blog..
lepas tu kalau rajin baru buka buku,study la konon..huhu..
blogging dah jadi hobi baru sekarang..
yang lain tolak tepi..

perubahan yang lain saya dah kurang bercerita kat FB..tapi di blog..
status saya di FB banyak pasal blog saya je..huhu..
lain dari dulu..dulu selalu update status FB..
tapi sekarang selalu update blog pula..huhu...=)

dalam hidup kena ada perubahan..huhu..
so tak la bosan kan...betul tak??? =)



~ ChurpChurp punya pasal...=) ~

assalamualaikum...=)

penat tapi puas..huhu..
sebab ape?semuanya kerana Churp2 punya pasal..
huhuhu...
nasib baik kelas pukul 2..
sempat la buat churp2 ni..
huhuhu...=)

memang jenuh buat tadi..asyik salah je..
ntah bape kali saya edit benda2 ni..
tiap kali salah buat..tiap kali tu juga asyik gelak depan laptop..
bukan apa..sebab malu dengan blogger yang ajar saya ni..
tak jemu2 dia ajar saya macam mana nak buat churp2 ni..
akhirnya berjaya juga saya letak di side bar..comel tak?
korang rajin2 la klik ye kalau singgah cni..
kalau rajin klik 6-6 gambar comel2 tu ye..huhu..

thanks kepada Mizz Farah
dia la ajar saya macam mana nak buat churp2 ni..huhu...




~ blogger masuk majalah...WOOWWW ~

assalamualaikum u ol..

dunia blog memang dah makin popular sekarang..
dulu nak dengar pasal blog pun susah..
kadang2 ada yang tanya blog tu apa ye..
tapi sekarang dunia blog makin meniti bibir ramai orang..
waaahh..perkembangan yang baik..=)
best sebab saya dah pun join dunia blog ni..
so rasa juga la tempias nya walau saya ni blogger yang tak popular pun..

ramai blogger2 dah masuk majalah sekarang..
hari tu yang saya baca pasal Ben Ashaari yang masuk majalah..
memang top la cerita tu masa tu..
sebab ramai blogger kenal Ben Ashaari..
so bila dia masuk majalah..
ramai la yang cerita pasal ni..

sekarang ni ramai blogger yang dah masuk majalah..
tak percaya???korang kena percaya juga...
ni ha buktinya...=)




5o blog malaysia yang jadi pilihan InTrend..


bertuah la sapa yang tersenarai..
kira memang dah popular la kan..

bila pula giliran saya ye?huhuhu..
perasan la saya ni kan..
baru setahun jagung..blog pun biasa2 je..
tapi impian tu tetap ada..
so bila dah ada impian..kena la usahakan..
betul tak??
huhu..
moga impian jadi kenyataan..


Wednesday, February 23, 2011

~ Senarai peserta Jarijemariemas first giveaway... ~

ni la dia senarai peserta first GA blog saya... :

1. siti hidayah
2. mizzkechique
3. cik najihah
4. NuRuL
5. Fatin Farhana
6. Fireworks, Joel Leslie
7. GeminiGurlz
8. Ejoy
9. mira ellyna
10. AdiaLuze
11. zaikulim
12.ika puk puk
13. mr_stylo
14.my shaizhar blog contest
15. taufidris
16. Mama Zharfan
17. azim_3110
18. masterfaiz.com
19. shah-kayrul
20. Limelight VavaVoom
21. AyinAyob
22. Nana
23. n0rsyAhIdA m0hAmAd
24. Wany
25. miera momo chan
26. fadwa
27. fRaMe+LenSeS
28. Cute MuM
29. eb ezrin2
30. Faztee Danisha
31. wan nurul hezrina abd halim
32. BABY(MAMA AMANA&ARIEF)
33. Fadzillah Kamarudin
34. ♥♥azatiesayang ♥♥
35. ikaavie
36. Ogy
37. ♥WEIYDAWEINGWAFFA♥
38. kakngah
39. cikpuanhady
40. Cik Elyn
41. nurdinihusnina
42. zakiah ghani

nak terjah blog diaorang pun boleh juga..huhu..=)
kalau tiada aral melintang..mungkin esok keputusannya akan keluar..
sapakah yang bertuah..
so keep in touch ya...

~ batuk, sakit tekak..!!! bile nak baik ni..?? ~

assalamualaikum u ol...

dah seminggu lebih dah..aduiii..
tak juga baik2..
macam2 dah cuba untuk cepat sembuh..
tapi sama je..
nasib baik suara dah ada balik..
tapi tak macam selalu..
sebelum ni suara lembut je, merdu...huhuhu...(perasan)
tapi sekarang dah tak macam tu..
rindu pada suara yang dulu..
harap cepat sembuh seperti sedia kala..=)

tengok la apa yang saya buat untuk cepat sembuh... :

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




waaaa...tak baik2 juga...(nak nangis)


~ first time blog saya msuk list Blogger lain.. ~

assalamualaikum u ol..

pagi2 je dapat berita baik..
rasa macam mimpi pun ada..
memang bernasib baik kot hari ni..
harap2 macam tu la..
bukan apa..pagi2 lagi nampak nama blog saya tersenarai dekat blog yang popular ni..
wahhh..memang gembira la..
macam tak caya pun ada..
bukan senang blogger lain nak pilih blog kita ni kan..
saya hargai sangat2..
bagus cara dia mempromosikan blogger2 macam saya ni..
saya pun akan menyusul untuk support blogger dengan cara macam ni..
sapa kah yang bertuah tu???
nantikan la ye..=)




haaa...masuk dalam list..
terima kasih untuk tuan punya blog ni..


nak tau sapa yang pilih saya tu..
meh sini saya tunjuk.. :




ni la dia ady budika...


smart kan header dia..=)
saya suka..!
saya memang dah follow blog dia ni..
jom la kita sama2 support dia..
sebab dia ni berpengalaman dalam dunia blog..
tak rugi pun kalau kita support kan..=)
sebab dia selalu gak update blog..
ada je cerita yang menarik..
so apa lagi..jom kita terjah blog ady budika..



Tuesday, February 22, 2011

~ 450 di blog..dan 450 juga di FB.. =) ~

assalamualaikum...

hati riang bile makin lama pembaca makin menerima blog picisan saya ini..
harap ia berterusan sampai bila2..=)
tengok2 je bilangan follower dah ada 450 orang..
best sangat..baru sebulan lebih..
terima kasih geng2 semua..
sayang korang...=)

tapi tak sangka pula bilangan follower saya dah sama dengan FB..
waahhh..bersaing ke?huhu...=)
padahal FB tu dah bertahun2 dah pun..huhu..

mai tengok sini .... :


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





sempat ambil gambar ni..huhuhu...=)

~ 100 post ...??

assalamualaikum...

macam tak percaya je..
pejam celik, pejam celik dah 100 post saya kat blog ni..
dah sebulan lebih dalam dunia blog ni..
banyak juga yang saya merepek..
so tu semua saya jadikan entri dalam blog ni..
kiranya cerita saya sendiri la..
asyik membebel je sampai la sekarang..
harap2 apa yang saya tulis dan hasilkan tu bukan la kata2 kosong semata2..
tapi ada kualiti..


itu semua korang yang tentukan..
ada yang cakap buat apa post banyak2 entry tapi kualiti tak ada..
tapi saya tak cepat melatah dengan semua tu..
bagi saya apa yang saya tulis adalah hasil usaha saya..
apa yang saya rasa nak kongsi, saya akan kongsi dengan korang..
mana tahu ada yang berguna dan ada yang suka dengan hasil tulisan saya ni..
semua tu terpulang pada pembaca untuk menilai..
saya buat apa yang saya rasa betul..
tak kisah la ada yang baca atau tak..
itu perkara kedua..
saya pegang kata2 otai blogger..
jangan sampai blog kite bersawang..
kalau boleh update selalu..
biar fresh je blog kita ni..
kalau ada idea terus update..jangan tangguh2..
nanti dah basi tak best pula..=)




hasil idea dan karya saya..huhu...=)


~ ni la hasilnya bila dah buang widget tu..~

assalamualaikum u ol...

harap2 blog saya tak la berat pas ni..
bukan apa takut berat pula blogger lain nak pikul nanti..huhu..
macam yang saya cerita sebelum ni..
nak tau klik sini..

so ni la hasilnya.... :



tak berat sangat kot..huhu..


kalau korang pun nak cek berat blog korang g la website ni..

http://www.iwebtool.com/speed_test



~ peragut terbunuh di tangan mangsa ragut.. ~

assalamualaikum u ol...

kes ragut makin menjadi2 sekarang ni ye..
kat mana2 pun boleh jadi..
so berhati2 la ye..

yang ni ada 1 kes..baru semalam terjadi..
salah ragut orang..dapat balasan time tu juga..
2 orang peragut, seorang terbunuh, seorang lagi parah..
peragut ni naik motor dan ragut beg seorang wanita arkitek
yang juga anak bekas pegawai polis..
wanita ni nekad kejar peragut ni naik kereta..
dan episod terakhir kejadian ini berakhir apabila
peragut yang juga membonceng motorikal merempuh kereta magsa ragut tu
dan kedua-dua lelaki tu terpelanting ke longkang
menyebabkan seorang daripada mereka maut kat tempat kejadian
selepas kerandut zakarnya pecah..
so memang time tu juga dapat balasan..

ni ada nak selitkan gambar kejadian..




sungguh tragis kematian peragut ni..




kereta mangsa ragut yang dirempuh oleh 2 orang peragut tu..


~ buang semua widget yang merepek tu...~

assalamualaikum u ol...

nak tau tak, masa mula2 saya buat blog ni..
ada je widget yang saya letak..
konon2 nak cantikkan blog la..huhu..
mula2 memang nampak cantik..makin lama makin bosan pula..
tu yang terus delete widget yang bukan2 ni..
maybe tak berapa nak berfungsi sangat kot..


rasa simple is better..
so nak delete je la..
lagipun takut pula widget2 ni memberatkan blog saya ni..
tak pasal2 blogger lain malas nak usha2 sini..
so bila check balik memang ringan je blog saya ni..
tak la berat sangat nak pikul..huhu..
so tak ada la alasan blog saya ni berat ye..
saya dah clear kan apa yang patut..huhu..

biar nampak simple dan tak serabut bila di pandang..
bak kata orang tua2.. " sedap mata memandang"
harap2 sedap la mata korang memandang blog saya ni ye..huhu...=)





~ jarijemariemas FIRST GIVEAWAY ~

assalamualaikum u ol...

TUTUP...!!!!

sempena blog saya ni dah mencapai 300 follower dalam masa sebulan lebih..
teringin pulak nak buat giveaway..
nak buat yang simple2 je..
sebab baru first time buat..
so nak try dulu..dapat sambutan ke tak..
so jom la ramai2 join..ajak kawan2 sekali ye..huhu..=)
saya tengah bermurah hati ni..=)





syarat2 nye mudah je... :

  1. Nak join giveaway ni korang mesti ada blog ye...
  2. Letak header kat atas tu dalam entri korang..
  3. TAJUK ENTRY: jarijemariemas FIRST GIVEAWAY
  4. Link kan ke entri ini ye..
  5. Jadi follower blog ini dan juga like page Kechik ITU Comel (jarijemariemas.blogspot.com) di FB
  6. Yang terakhir, pada pendapat korang mana 1 entri yang paling menarik dalam blog ini..sila nyatakan..
  7. Tarikh tutup: 22 Februari 2011 jam 11.59 PM

*Tinggalkan link anda diruangan entri ini ye..

Disebabkan saya baru first time buat giveaway, so hadiah nya adalah topup bernilai rm10..
penyertaan tiada had..seberapa ramai pun boleh join..
mana tau anda yang bertuah kan..sapa tahu..=)


mungkin kalau dapat sambutan hangat dari korang saya akan buat contest pula dan hadiahnya akan lebih menarik lagi lepas ni...=)


Monday, February 21, 2011

~ Blogger Yang Setia..Adakah Itu Anda?? ~

assalamualaikum u ol..

sape blogger yg setia...?
haaa...korang rase korang blogger yang setia ke?
korang tau tak siapa blogger yang setia..?
waaahhh...banyak pula persoalannya ye..
saya pun tak nak la peningkan kepala korang yang dah sedia pening tu kan..huhu..
so saya nak bagi pendapat sikit la tentang blogger yang setia ni..=)

kalau nak tau dia tu blogger yang setia bukan bermaksud
dia kena menghadap blog dia 24 jam..
tapi blogger ni senantiasa muncul dengan idea baru dalam entri nya..
tak kira la entri yang macam mana pun..
isi hati ke..perjalanan hidup ke..
tapi yang akan menarik pembaca..
tapi bukan senang tau..tapi tak salah kan kalau kita mencuba..
so kalau korang nak jadi blogger setia kena la selalu update blog ye..
jangan biar blog tu bersawang..

selain itu, kena la selalu lawat blogger yang lain..
kiranya kita support blogger lain la..
korang pun tau kan..tiap hari akan lahir seorang blogger baru..
sapa yang akan sokong diaorang kalau tak kita ni..
tak salah pun kalau lepas kite lawat blog diaorang
kita komen2 ke..hargai penulisan diaorang..
korang pun tau kan..bukan senang kite nak buat sesuatu entri..
lagi2 yang menarik pembaca..
so jangan cepat sangat klik tanda pangkah (x) tu
baca sampai habis dulu ye..

lagi satu blogger yang setia bukan nya memaksa orang untuk follow blog kita..
salah tu..tak berbaloi pun..
jangan la amalkan ayat
" u follow i, i follow u balik"
tak best kan..
biarla orang follow kite sebab dia suka dengan blog kita..
suka dengan hasil karya kita..
itu lebih berbaloi..
memang susah kita nak ada follower yang ramai..tapi tak salah kan kita sabar..
blogger yang setia bukan setakat klik butang follow je..
tapi sentiasa mengikuti perkembangan blog yang dia follow..=)

apa2 pun..kita ni serupa..sama je..
" seorang blogger"
so sopport la antara kita..
kan lebih baik macam tu..=)

~ Erm..Ally dah bertunang...??? ~

assalamulaikum..

lama dah nak cerita pasal hal ni..tapi tak berkesempatan la pula..huhu..=)
apa2 pun saya nak cerita juga la...
sibuk sikit kebelakangan ni..=)

hari tu ada terbaca tentang gosip yang Ally Iskandar bertunang..
ingat main2 je la..rupanya memang betul yang dia bertunang..
ok la tu kan, nak tunggu apa lagi..semua dah lengkap..
tinggal kahwin je belum..huhu...=)
sebelum ni pembaca berita TV3 yang terkenal, shaiful nizam
telah memilih Juara Gadis Melayu musim pertama..
kini giliran Ally Iskandar pula..=)

Ally telah memilih tarikh 11 Feb untuk melangsungkan pertunangannya dengan
gadis pilihan hatinya, Nur Aisy' ah Zainal.
Nur Aisy'ah adalah merupakan Naib Juara Gadis Melayu musim yang pertama.
memang cantik orang nya..sesuai la kan..
bagai pinang dibelah dua..=)

rasanya belum terlambat nak wish tahniah pada kedua2 pasangan ini..
moga kekal hingga jinjang pelamin dan akhir hayat..=)

apa2 pun korang layan la gambar2 mereka ni ye..

















Sunday, February 20, 2011

~ follower 400th...=) ~

assalamualaikum u ol...

hari ini agak gembira juga la..
sebab follower dah capai 400 orang..
bagi blogger baru macam saya ni memang antara pencapaian yang best..
bukan senang orang nak follow blog kita..
apa2 pun kene sabar..
ni nak bagi award pada follower saya yang ke 400..
design biase2 je..
tapi penuh makna bagi saya..




award ni saya nak berikan pada :

n0rsyAhIdA m0hAmAd



dalam bulatan kuning tu la follower sy yang ke 400..=)


beliau seorang student di UIA gombak..
berasal dari terengganu..
blog cik syahida ni best..banyak ilmu yang kite boleh dapat dari sini..
tak kira la ilmu duniawi atau ukhrawi..
tak caya korang boleh klik kat nama dia tu..
macam2 ada..=)
jom terjah blog cik syahida ni...


~ Hikayat Merong Mahawangsa ...tak sabar nak tengok filem ni.. ~

assalamualaikum u ol...


pagi tadi ade tengok disebalik tabir filem Hikayat Merong Mahawangsa..
filem hebat abad ini arahan Yusry KRU..
yang menelan belanja kira2 RM8 juta..
baru tengok disebalik tabir..
tapi dah rasa excited nak tengok filem ni..
sebab jalan cerita memang gempak..
lepas tu pelakon2nye pun memang gempak..
dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara,
seperti Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jehan Miskin (Malaysia),
Ummi Nazeera (Malaysia), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK),
Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia),
Wan Hanafi Su (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia)..
yang bestnya filem ni akan ditayangkan ke beberapa buah negara luar tau..
yang dikenali sebagai The Malay Chronicles: Bloodlines..
tak sabar rasa nya nak tengok filem ni..
filem ni akan ditayangkan pada 10 Mac ini..

tajuk filem ni agak pelik..
sebab filem ni berkaitan dengan sejarah negeri kedah..
ia adalah sebuah filem epik tau..
haaa...jarang sekali kan filem tempatan kita nak buat filem macam ni..
Yusry memang nak penonton bertukar selera..
setuju sangat..sebab tak kan nak hadap genre filem yang sama je kan..
sesekali tukar la selera..

ni saya selitkan gambar2 yang berkaitan dengan cerita ni.. :




tengok poster pun dah gempak kan..=)




antara babak yang menarik dalam filem ni..




yusry sebagai pengarah...




pengambaran di waktu malam..




antara babak aksi dalam filem ni..




set pengambaran yang sangat menarik..


* jangan lupa ya..filem ini akan diotayangkan pada 10 Mac ini..=)

~ Puas kalau ada yang nak baca... ~

assalamualaikum u ol...

itu la nikmatnya jadi seorang blogger..
dapat kepuasan bila berada dalam dunia blog ni..
apa yang buat saya puas?
bila ada yang jenguk dan baca isi hati dan juga cerita saya..
sangat puas sekali..

kawan saya ada tanya.."apa yang best sangat dengan blog ni?"
so saya pun jawab, "kepuasan..."
hanya blogger je yang tau apa yang best dalam dunia blog ni..
kawan saya sendiri pelik bila saya jadikan blogging ni sebagai hobi saya..
tak apa..tak kisah pun..
yang penting saya tahu apa yang saya cuba buat..

saya hanya bermodalkan entri saya..
entri yang saya tulis dari hati saya..(bukan copy ye..)
hasil penulisan saya..
tak dapat nak bermodalkan paras rupa ( sebab saya tak secantik blogger lain)
atau pun saya ni mengejar populariti..
saya nak blog saya yang dikenali ramai..
ada yang sudi jadi pembaca untuk blog saya ni..

biar la bersusah2 dahulu..
asalkan hasilnya dari titik peluh kite sendiri..
yang perlu dibayar dengan kesabaran..
korang akan rasa 1 kepuasan yang tidak ternilai..=)




SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

assalamualaikum u ol..

pagi2 ni layan blog dah..
sebab bosan duduk kat bilik je kan..
nak keluar pun malas..
so tibe2 buka blog BA ade pula segmen baru..
so nak la join..huhu..
macam biasa la kan..
suka join segmen2 BA ni..
lagi2 sangat senang je nak join...=)




kalau korang pun nak join, jom la singgah sini...

apa salahnya kita join segmen macam ni kan..
boleh juga berkenalan dengan blogger yang aktif..
dapat juga kita promote blog kita ni..
tak susah pun kan...=)




Saturday, February 19, 2011

~ Bercinta, Tunang dan Kahwin... ~

asslamualaikum u ol...

apa isu yang saya nak cerita pagi2 ni ye..=)
nak la cari isu yang buat orang celik mata..
lagi2 time macam ni kan..
taik mata pun masih lagi terlekat..huhu...

dalam hidup ni memang lumrah orang bercinta..
time bercinta semuanya manis..
wahhh...time ni la dunia ni milik mereka..
sangat2 menarik kisah cinta korang kan..
kadang2 bau kentut pun wangi..
itu dah kira baik la tu..huhu..
kalau boleh tak nak gaduh..tak pernah gaduh kot..
nak manis je dalam bercinta..
masing2 nak gembira je..
kalau merajuk tu cepat je pujuk..

ada juga pasangan yang sempoi je..
buat macam biasa..tak ada la nak control..
asyik gaduh je..tapi tetap bersama..pelik kan..
marah2 lepas tu damai semula..
percintaan yang penuh adventure la ni..
menarik juga kan..sebab ada pahit dan manis nya..cukup ramuan..
masing2 menerima baik buruk pasangan masing2..

tapi lain pula yang berlaku lepas bertunang?
betul ke?ni kira pendapat saya je la ni..
ada yang lepas bertunang tu terus berubah..
selalu time bercinta asyik mesej dan call je.kalau boleh tiap masa nak call..
tapi bila dah bertunang tu, nak call pun susah..
kadang2 mesej pun jarang..kira kejutan juga la kan..
mana tak nya time bercinta mesej full dengan nama dia..
tapi dah tunang ni..tak ada nya merasa macam tu..
kadang2 perangai yang kita tak tahu time bercinta..
kita akan tahu sikit demi sikit time dah bertunang ni..
haaaa...jangan terkejut pula ye...
yang terpaksa tahan tu time merajuk tak ada nya dia nak pujuk..
biar je macam tu..
pujuk diri sendiri je..cian kan..huhu..

tapi ada juga yang terlebih2 time bertunang..
kalau boleh tiap masa nak call dan mesej je..
nak tau mana tunang ni pergi, buat apa, dengan sapa..
asyik menjawab fon dia je la..
nak buat apa pun kena report..
aduii...rimas kot..huhu..
lagi terlebih2 dari bercinta dulu..
haaa...ada je yang macam ni sebenarnya..
dulu bercinta memang hari2 call..tapi tak la sekerap time dah bertunang ni..

tapi kan, kalau dah kahwin makin rasa lain pula..
sebab apa?
ye la..tak kan nak call selalu tanya dah makan ke belum..?buat apa tu?
huhu..semua tu tak merasa kot..hari2 dah kat depan mata..
nak dengar suara pun time balik rumah je nanti..
nak call sehari sekali pun susah agaknya..
tapi biasa la masing2 nak kumpul duit..menyara hidup..
so tak boleh la nak buat perangai macam bercinta dulu kan..
fokus mana yang penting...
lagi2 kalau ada anak..ha...memang lain la..
si suami akan cemburu bila si isteri asyik layan anak je..huhu..
jangan la macam tu ye..biasa la tu..


orang akan berubah mengikut persekitaran..
dari bercinta, bertunang dan berkahwin..
semuanya fasa yuang berbeza..
tiap2 tu ada perubahan yang akan berlaku..
cuma kita kena bersedia mental dan fizikal..=)



~ Tengah malam macam ni ada yang layan blog ke? ~

assalamualaikum u ol...

layan online ni tak sedar hari dah lewat malam..
waaahhh...ada ke yang layan blog waktu2 macam ni..?
tentu ada kan..korang memang hebat la..
sambil2 tu korang mesti blogwalking kan..
bagus2..teruskan usaha tu..
mata dah nak pejam pun masih lagi cari idea nak update blog kan..
haaa...tu la tanda2nya korang ni blogger yang berjaya..
masih setia dengan blog walaupun bantal busuk
dan katil empuk korang dah memanggil..

tapi best sebenarnya layan blog time macam ni..
lagi2 macam saya ni yang guna wireless kolej..
line memang clear dan laju gila la..
senang nak baca2 entry blogger lain dan juga boleh tinggal kan jejak..
sebenarnya ramai je blogger yang online time2 macam ni..
so kalau berkesempatan tu update je blog korang..
jangan asyik blogwalking je..
perah sikit otak tu untuk update blog..huhu..

apa2 pun selagi belum tutup mata..
blog...blog...blog...
huhu..dahsyat ni..
takut sampai termimpi2 pula nanti..=)

Friday, February 18, 2011

~ Masalah Berat Badan... ~

assalamualaikum u ol....

baru balik dari jalan2 round ibu kota..
boleh tahan la penatnya..
ni dah rehat2 nak la update blog ni..

berbalik pada tajuk entri ni..
mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak..
cuma ingin berkongsi pendapat dan juga cerita..
saya pun agak takut juga dengan masalah berat badan ni..
tapi mungkin masih boleh kawal lagi..
cuma kadang2 obses juga nak turunkan berat badan..
kalau dapat turun 2,3 kg pun dah kira ok la..

tapi mengikut pengalaman saya macam2 kategori berat badan yang wujud..
so mari la kita nilai sama2 ye..


1. senang turun berat badan.

ada yang senang turunkan berat badan..diet sikit je dah boleh turun dah..senangnya la kalau macam tu kan..tapi jangan terkejut senang juga untuk naik balik berat badan tu..kiranya senang nak turun, senang juga nak naik berat badan tu..korang kena la kawal makan tu..


2. susah turun berat badan.

ada juga yang sangat susah nak turunkan berat badan.. senang cerita kalau dah naik tu cuma boleh maintain je..nak turunkan lagi punya la azab..huhu.. diet la macam mana pun, tetap je macam tu juga.. tension juga macam ni kan..nak kurus balik,tapi maintain je macam tu. tahan la makan nasi, tapi masih sama je..


3. kurus..tak naik2 berat badan..

kalau korang nak tau ada pula yang badannya kurus je..makan macam mana banyak pun macam tu juga..tak juga naik..tak juga turun. yang ni agak best juga la..sebab boleh makan apa sahaja yang diaorang suka..makan main bedal..wahhh...best nya..tapi ada juga kategori disini yang ingin tambah berat badan..minum la apa pun, jamu la, vitamin la..tapi bukan berat badan yang naik..tapi perut maju ke depan..haaaa...bersyukur je la kalau korang tu dah kurus ye..


4. agak berisi sejak azali.

yang ni tak dapat la nak di tolong..sebab badan memang berisi sejak azali lagi..keluar je dari perut ibu memang montel..haaa...tapi korang jangan nak persendakan orang yang macam ni ye..sebab diaorang comel tau...kiut sangat...comel dan kiut sejak azali..huhu...=)


5. kurus express.

ha...yang ni memang express la..dengan cara apa ye..?buang lemak! memang express kan..ni kalau dah kategori obesiti la ni..memang nak buat yang express je..semua nak cepat..tanpa cara yang sihat..kalau boleh elakkan la ye..


6. kurus tapi diri sendiri cakap gemuk.

yang ini memang payah sikit la sebab dia kurus sebenarnya..tak ada masalah berat badan pun..bukan kategori obesiti pun..tapi cakap diri tu gemuk..orang lain tengok ok je..dia pula yang lebih2 cakap gemuk..yang ni memang payah la..sebab asyik cakap diri tu gemuk la, lebih berat badan la..tapi bila cek, BMI ok je..ni pun salah satu penyakit juga sebenarnya..


ni saya sertakan pengiraan BMI..


BMI: Berat (kg)
___________ x 100


Tinggi (m) x Tinggi (m)


Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :

Kurang berat : BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan : BMI melebihi 25.0

Pra-obes : BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 : BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI 35.0 hingga 39.9


* so korang kira la BMI korang dari semasa ke semasa..kalau dah normal tu kira ok la..jangan pula nak kuruskan lagi berat badan tu..nanti jadi tak normal pula..huhu...


~ suara dah tak keluar...huhuhu~

salam u ol..

bangun pagi hari ini awal..walaupun tak de kelas..
tiap2 jumaat tak ada kelas..
dari sem 1 sampai la sem 4 ni..
best gak la...

bangun pagi ni tibe2 rasa tekak lain macam..
buat je la macam biasa..
tibe2 saya nak tegur roommate saya..
tibe2 suara tak keluar..
ehhh...apa dah jadi ni...???
tiba2 je...malam tadi elok je jerit2 tengok movie...
aii...tak kan la bangun pagi suara dah hilang kot..
emmmm.....
sah...memang sebab terjerit2 tengok movie malam tadi..
biase la tengok cite thriller & horror la katakan..huhu..

baru nak keluar pergi karaoke..
angan2 je la..
suara pun dah tak ada..
baru nak tunjuk skill kat kawan2..(eleh,macam sedap je)
huhu...

tak apa la..nak buat macam mana kan..
diam je la..tak payah cakap..
nanti ada pula yang gelak tengok saya cakap nanti...

nak jalan2 round KL hari ni...
sempat lagi saya ni kan..
ok la tu..suara je tak keluar..
kaki masih bertenaga..=)
JOM...!


~ Jam 1 pagi... ~

assalamualaikum u ol...

jarum jam dah menunjukkan jam 1 pagi..
tapi mata masih belum nak lelap..
hati tak tenang...eeemmmm...

apakah?kenapakah?bagaimanakah?
wahhh..banyak pula persoalannya..
hati tengah tak keruan..
buat apa semua tak menjadi..

arghhhh...tak suka la macam ni..
nak la gembirakan hati yang duka ni..
tapi tetap macam ni juga...
so nak tak nak luahkan je la kat blog ni..
blog juga la jadi mangsa saya..

emm...malas dah nak membebel..
tengah nak cari mood ni..
hilang entah kemana..

selamat malam semua...!!!

Thursday, February 17, 2011

~ Kasih Ibu..Rindu kat Mak...!!! ~

salam u ol..

saja nak bercerita dengan korang tentang kisah ni..
best juga..apa2 pun kita layan kan dulu..
baru komen ye...=)

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita.
Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam..
Saat usia kita 2 tahun, ibu mengajar kita bermain.
Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.
Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan...

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian.
Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor.
Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika...
Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !"...
Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran...

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah...
Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita,
kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan...
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman..

Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti,
kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan..
Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa,
kita katakan,...." itu bukan urusan ibu&ayah...
Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita,
ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita,
tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya...

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi,
kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden "...
Ketika usia meningkat 40 tahun,
ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung,
kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang "..

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.
Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa
yang menjadi beban bagi anak-anak.

Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal,
khabar itu mengejutkan....
dalam linangan air mata,
segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu...


*sangat sedih dengar kisah ni..teringat pula mak kat kampung..rindu pada mak......!


~ Jawab Exam guna KBKK je...~

salam u ol...

baru lepas keluar dewan exam..
exam Business Communication..
soalan nak kata susah tu memang agak susah juga la..
tapi nak buat macam mana kan..tahu atau tak kena juga la jawab kan..

alkisahnya,saya jawab exam tadi guna KBKK je..huhu..
tau tak KBKK tu ape?
pada yang tak tau..meh saya beritahu,
KBKK tu adalah Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis..
haaa...bunyi macam terer je kan jawab exam tadi..
tu bukan terer namanya tau..
tapi main redah je tu..huhu..
ikut jawapan sendiri..
aduiii..tension juga ni..
tak tau jawapan kena la fikir guna KBKK pula..
tu pilihan terakhir tu...=)
huhu..=p

apa2 pun paper yang kedua dah lepas..
ada lagi 3 paper yang menanti..
tu tunggu bulan 3 pula..huhu..

*korang jangan ikut style saya jawab exam tau..
memang haru biru nanti..
kesimpulannya..study la betul2 ye...=)




~ Halal & Haram...~


salam u ol...

untuk pengetahuan anda semua...=)

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM

kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Tai

3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

4) KG Pastry

5) Norainis Cookies

6) dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Cafe : Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM.

Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).

La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Sosej ayam - Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

* korang dah tau kan..korang fikir la sendiri ye...

~ Menangis la puas2...~

salam u ol..

balik kelas ni tiba2 rasa macam nak nangis la..
emmmmmm....
ni apa kes pula ni nak nangis2..
banyak sangat ke air mata tu yang nak dibazirkan..?
huhuhu..
apa2 pun kalau kita sedih atau pun tension..
ubatnya adalah menangis..
menangis la puas2 ye..
jangan tahan2..
tapi betul ke?
boleh ke hilang kesedihan tu kalau kita menangis??
haaa....nak tau kena la try ye..


tapi macam tak sesuai je untuk kaum adam ni..
huhu..tapi tak apa..
boleh je korang nak try dalam toilet ke?nangis puas2 sambil mandi..
sure orang tak perasannya..huhu...=)
lelaki pun tak salah kalau nak menangis..
korang pun manusia juga..
ada hati dan perasaan..


jangan tahan air mata tu kalau kite betul2 dalam kesedihan..
lagi2 kalau kecewa..hati tengah bengkak time tu kan..
apa lagi nangis la puas2..nak buat apa lagi kan..
tak ada sapa nak larang kita dari menangis..
jangan kecewa terus buat benda bukan2 dah..
yang tu memang saya larang sekeras2nya...


apa2 pun menangis adalah antara ubat yang mujarab
untuk kite lepaskan apa yang tersimpul di hati kita tu..
apa2 pun setiap kesedihan pasti akan ada kegembiraan nya nanti..=)



Wednesday, February 16, 2011

~ Yang Terpuji.. ~

salam u ol...

malam tadi tengok cerita tv3..
drama sempena Maulidur Rasul..
drama bertajuk "Yang Terpuji"
memang best drama ni..
memang agak kelakar..tapi ada diselitkan dengan nilai2 yang baik..
sambil tengok dapat juga pengajarannya..


dari drama tu dapat la tahu tentang sesuatu yang selama ini ambil mudah..
berkenaan dengan nama kita..
kalau ada anak nanti biar la anak kita ada namanya ada makna dalam islam..
penting sangat tu..
sebab di Akhirat nanti kita akan dipanggil dengan nama islam..
dalam drama ni ada 1 watak yang bernama Ahmad Muhammad..
tapi dipanggil dengan nama Mamat..
dekat situ la jadi isu pada seorang ustaz ni..
sebab nama Muhammad tu maknanya dah cukup baik iaitu"yang terpuji"..
kalau dipanggil mamat maknanya dalam arab adalah "mati"..
begitu juga dengan watak Amir yang dipanggil Memey..
Amir tu maksudnya pula ketua, pemerintah dan juga pemimpin..
kalau kita tidak tahu memang kita akan ambil mudah je..


lagi satu, panggil la nama kawan2 kita atau sapa2 je dengan nama penuh..
sebab makna nama kita tu dah ada..
sangat indah sebenarnya..
contohnya Mariam, jangan panggil Merry..
haaa...lain maknanya tu..
so seelok2nya panggil la nama yang baik..


tak kira la kawan2 ke..family ke..adik beradik ke..
so lepas ni saya nak panggil nama diaorang dengan nama penuh la..
contohnya Shakireen, tak boleh panggil Erin lagi dah..
lagi sorang tu Siti Syuhadath..tak boleh panggil Ada je..
Nor Hidayah, tak boleh panggil Ida lagi..
Husnah tak boleh panggil Una..kena panggil Husnah..
yang lain2 pun sama juga..
jangan terkejut kalau nama penuh korang tibe2 dipanggil..huhu...


sedap2 nama kawan saya ni..penuh dengan makna yang baik..
tapi selalu panggil singkatan je..nak senang..
so lepas ni nak panggil dengan nama penuh pula..=)


~ kalkulator paling mahal yang pernah saya beli..~

salam u ol...


saja je nak cerita pasal kalkulator baru ni..
sebab kalkulator ni menarik dan yang penting agak mahal la..=)
nak tak nak kena la beli juga sebab nak guna untuk subjek finance nanti..
mahal pun tak pe la..kiranya macam aset juga la ni..huhu..
dulu pernah beli kalkulator harga yang bawah RM50 je..
biasa la kalkulator saintifik jenama casio tu..
sekarang ni beli jenama lain pula..
dan lebih advance lagi la kan..




kalkulator hp 10bii - financial calculator ...


haaa..ni la dia kalkulator yang saya cakap tu..
RM125..dapat murah kot..huhu..
cover nya pun tak tanggal lagi..macam sayang je nak buka..
tunggu nak guna nanti baru la buka..
belum pandai guna pun lagi..
huhuhu...=)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...