Friday, April 15, 2011

Remaja sekarang hidu pen marker ganti gam...

assalamualaikum u ol...

selamat pagi semua..dah gigi belum...?huhu..
wahhh...bestnya suasana pagi di kampung..
sangat2 menyamankan la..rasa nak sambung tidur je tadi..
tapi rugi pula kan..=)
nanti tak dapat nikmati suasana pagi di kampung...

berbalik pada tajuk pagi ni..terbaca di akhbar Kosmo pagi ni..
jom la baca kisah disebalik tajuk ni..


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.

“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.




tak dapat gam, pen marker pun jadi la..
macam2 la diaorang ni..
semua benda nak explore...
apa2 pun jadi sekarang ni...



9 comments:

. said...

alamakk kite pon suke bau.tapi xde lah sampai ketagih

myzziema said...

ap lah nak jd dgn rmaja skg. ish3.

mrs kayrul said...

dahsyat betul...lepas nie kompem harga pen marker nie melambung

afifah said...

macam mana la diorang boleh jd kreatif btol dlm bab2 gini..grr...

Anonymous said...

mcam2 mereka2 ini...lepas nie apelah pulak...
hidu krayon kot..hehe :D

forever love said...

giler betul budak sekarang nie.. semua diowg nk test... papetah...

eB said...

nauzubillah... camner la anak2ku esok? hu2

nurul rasya said...

bila manusia tak guna otak

Addin said...

hoho macam macam aiih manusia ni -,-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...