Sunday, May 22, 2011

Susulan Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

assalamualaikum u ol..

mungkin ramai yang dah tahu tentang berita ni..
dari semalam lagi ramai blogger yang post tentang berita ini..
KIC pun dah tau sejak petang semalam..
sedih sangat dengar berita ni..
kemalangan yang mengejut..
mana kita nak tau kan semua ni jadi..
lagi2 tragedi tanah runtuh macam ni..
memang tak dapat elak kalau Tuhan dah tentukan..

terbaru KIC dapat berita 4 mayat kanak2 mangsa tanah runtuh 
di rumah Anak2 Yatim dan Anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa
di Batu 14 Hulu langat telah ditemui pagi ini..

tragedi tanah runtuh ni telah mengakibatkan 25 orang yang terdiri daripada penghuni, 
warden dan kakitangan rumah anak yatim tu tertimbus. 
16 orang telah ditemua mati manakala 9 lagi cedera dan 3 daripadanya kritikal..
operasi mencari dan menyelamat akan di sambung pada pukul 8 pagi ni..

menitis air mata melihat kejadian ni..
sangat2 sedih..
Al-Fatihah pada mangsa..moga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
takziah juga pada keluarga mangsa..


HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali

HULU LANGAT 21 May 2011 Kejadian tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia (PYMA), Lembah Azwin Hulu Langat. Pix Yazit Razali

KORBAN...seorang penghuni rumah anak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh dihantar ke hospital.

SELAMAT...seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari tapak tanah runtuh yang menimbus sebahagian Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kajang.

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke  Hospital Ampang, Ampang.

PASUKAN penyelamat memberikan rawatan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad


sumber : Metro & Berita Harian..


3 comments:

Qaseh dalia adelia said...

hurm .. semoga tabah hadapi segala ujian

adam narzuan said...

setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Kierul Amin said...

Sesungguhnya mati itu pasti..
takziah untuk keluarga/waris mangsa.
Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...