Tuesday, May 31, 2011

Potong Zakar Perogol

assalamualaikum u ol..


KIC terbaca kat akhbar tempatan tentang kes yang agak mengejutkan ni..
macam ngeri je KIC baca..
tu yang nak kongsi dengan korang semua ni..
tu pun kalau korang nak baca lah kan..
huhuhu...

gambar hiasan

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam. 

Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin.

“Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti.

Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya. 

Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu. 
Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital. 

“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer.


perogol tu terima hukuman yang setimpal..huhu..
rasakan..potong habis..=p
lepas ni terus bertaubat tak rogol orang lagi dah tu..
sesuai lah..




9 comments:

COTTON LADY said...

issshhhh mcm2 ler~blsn utk si perogol~

kAmi dAn mEreKa said...

padan muka perogol tu, siapa suruh buat yg bukan,

Wani said...

wakaka ! hebakk la wanita tuu :)

shafmechy said...

tak bleh imagine..haha

ika said...

padan muke..

Rozuan Ismail said...

memang patut pon kena potong.keje asyik nak rogol orang je =)

miss.Addin said...

isk ! macam tu sekali .

takda zuriat la dia lepas ni .

アヌム ちゃん said...

memang patut kot untuk perogol2 nih..huhu

eB ezrin said...

padan muker... kalo x insaf x tau la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...