Saturday, May 21, 2011

Mayat pelajar lemas di Pantai Kelanang, Banting ditemui..

assalamualaikum u ol..


tengah seronok blogwalking di petang yang hening ni..
dengan angin sepoi2 bahasa jawa..
tiba2 KIC terdengar berita tentang ada pelajar lemas di Pantai Kelanang..
mayatnya pun dah di jumpai pagi tadi..
yang buat KIC terkejut..Pantai Kelanang tu dekat gak la dengan rumah KIC..
sebelum ni seingat2 KIC tak pernah dengar pula ada orang lemas kat situ..
tapi kali ni siap masuk berita dan juga surat khabar lagi..


BANTING: Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, yang lemas semasa menjaring ikan bersama bapanya di Pantai Kelanang petang semalam, ditemui berdekatan pantai itu, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Banting Ahmad Fadzilla Tahir berkata, mayat Mohd Adam Hafiz Abdul Rahman ditemui pihak bomba kira-kira 50 meter dari pantai itu pada jam 11 pagi. kedua-dua beranak itu, yang menetap di Taman Sungai Emas di sini, mungkin tidak sedar air sedang pasang besar semasa sedang memasang jaring.

Mayat bapanya Abdul Rahman Ammerijam, 39, ditemui seorang nelayan di perairan Tongkah, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian pada jam 7.30 malam semalam, katanya ketika dihubungi di sini.

Ahmad Fadzilla berkata kedua-dua beranak itu, yang menetap di Taman Sungai Emas di sini, mungkin tidak sedar air sedang pasang besar semasa sedang memasang jaring.


kawasan pantai memang agak curam..
kalau air pasang memang tak sedar..
lagipun banyak pasir jerlus kat kawasan pantai ni..
memang tak digalakkan mandi..

al-fatihah untuk kedua-dua mangsa..
moga roh mereka dicucuri rahmat Allah..
takziah juga untuk keluarga mangsa.


5 comments:

Cik Azizah said...

Alfatihah buat arwah..

semalam mjaring ikan..pagi tadi baru jumpa...

takziah buat keluarga arwah.

Rozuan Ismail said...

banyaknya dugaan Allah.tadi rumah anak yatim tertimbus dan ada yang mati.ini cerita lain pula.Moga ambil iktibar.hidup itu sementara =(

Nour Akmal said...

Cik Azizah :

Al-fatihah..

Nour Akmal said...

Rozuan Ismail :

betul tu..ptg td pn ade dgr tntg berita ni..

miss.Addin said...

Al-Fatihah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...