Tuesday, May 24, 2011

Bercumbu-cumbuan di tempat awam..

assalamualaikum u ol..

sebelum KIC berhempas pulas di dapur..
eleh,macam rajin sangat je dia ni..huhuhu
izinkan KIC update blog dulu lah ye..

tengah2 hari ni KIC nak cerita tentang cerita yang tak sedap di dengar..
tapi KIC nak cerita juga..huhu...=p
tadi KIC terbaca kat akhbar tempatan tentang aksi tidak sopan pengunjung 
kat Taman Perbandaraan Tengku AnisTanjung Chat kat Kota Bharu..
nak tau kisah nya..jom kita baca kisah selanjutnya..


Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.

aksi yang sempat dirakamkan oleh penguatkuasa di sini..


KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.

Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.


memang cerita yang sedap di dengar kan..tapi KIC nak cerita untuk berkongsi..
sebab benda macam ni kena ambil perhatian..
kat tempat awam ni pun mereka boleh melepaskan nafsu..ini kan pula tempat lain..
benda2 macam ni lah kena elak sebelum perkara yang lain terjadi..
orang cakap "sikit2 lama2 jadi 'bukit'..."
tempat awam macam ni pun boleh lepas kan nafsu..aduiii...apa pun tak boleh..!!!
marah gak lah ni...huhu..
orang datang tempat macam ni nak beriadah..mereka boleh pulak buat aksi2 yang tak senonoh..
memang tak bertamadun dan bermoral langsung la mereka semua ni..

18 comments:

Cik Aish said...

kalau binatang beromen tepi jalan, dorang ni pun sama..huhu..sapa tiru sapa tak tau la. haish

fRaMe+LenSeS said...

waahhhhhh

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

adoi...risau tngk ank2 muda zaman skg ni ye....TAK SEMUA ok...

yg peel agak2 mcm pict diatas la...

Nabila Huda said...

memalukan..

Eika Arysha said...

sangat2 memalukan...lebih2 lagi kt kelantan,tmpt yang bnyk melahirkan para ulama di malaysia nie

Webmaster said...

Umat akhir zaman

slumberdek said...

buat malu jer si bodo ni....mintak jauh la jangat dapat bini macam ni macam sial. bodoh yer pompuan tu..marah ni kpda perempuan lain jangan jadi macam budak dalam pic kat atas tu k. jaga maruah u all

Catatan si Boy said...

zaman dunia sudah tua... moral dan norma Agama sudah mulai merosot... siap2 memulai zaman binatang.. :)

Rozuan Ismail said...

ayo.teruk betullah perangai diorang ni.org nak berjoging pon tak senang.

shiema sufian said...

manusia skrg nieyh ta pandai nak fikir baik buruk. hum. ntahlah nak ckp macam mane. hum. diorang ta mempunyai keinsafan.

.... jom join bloglist shiema :)

pena rozie said...

hu..hu..hu... sungguh memilukan.

Izan Ishak said...

macam nilah kalau org yg dah takde sifat malu kan. berani buat camtu kat tmpt awam dan terang benderang. kalau tmpt gelap? nauzubillah~

Dayana AZ said...

manusia da mkin hilang malu - _ -. teruk la.

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam to all,
Rasullah SAW bersabda di mana, akhir zaman nanti maksiat berleluasa dan si pelakunya tidak ubah seperti haiwan, lebih kurang bunyi nya..

Lebih teruk dari haiwan.. so sad..

bobiedanbad said...

sungguh tidak bermoral
apa nak jadi?

cik fara said...

subhanaallah .

Siti nAdiA (NaSz) said...

bdk2 skrg..x tau la nak ckp ape

miss.Addin said...

tak bertamadun, HUHU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...