Tuesday, May 3, 2011

Dah tiada baru rasa sayang, cinta, rindu...

assalamualaikum u ol..

pagi ni hujan renyai..kilat dan petir sabung menyabung..
membuatkan mata KIC nak sambung tidur balik lepas bangun subuh tadi..
member kat bilik ni sedap je tidur..
lagi la KIC terpengaruh..
aduiii...

nak tanya pendapat korang la..
betul ke bila orang tu dah tak ada baru la kita tau betapa kita sayangkan orang tu..
baru la kita tau betapa pentingnya orang tu dalam hidup kita bila dia pergi meninggalkan kita..
masa dia ada mungkin kita tak berapa hargai..
tapi bila dah tiada..baru la kita akan merasai macam2 perasaan..
rindu, sayang, cinta dan mungkin akan rasa terselit rasa kekesalan..
kesal kalau masa dia hidup kita tak dapat berikan kasih sayang yang sepenuhnya pada dia..
tapi mungkin ada betulnya sebab kadang2 sebelum kita kehilangan orang tu..
kita tak kan sedar betapa kita sayangkan dia..
selepas kehilangannya baru la kita tahu betapa pentingnya dia dalam hidup kita..
sangat rugi kalau ni semua jadi pada kita..
tapi masa tu tak guna menyesal..
cuma doa yang dapat kita panjatkan..

so sama2 la kita sayangkan ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ni..
kalau dah tak ada nanti..seribu penyesalan pun tiada gunanya..
sebab dalam dunia ni Tuhan berikan kita 1 ayah dan 1 ibu..
tiada dua atau pun tiga..
alangkah beruntungnya kalau kita menyayangi mereka sepenuh hati..
tanpa rasa ragu dan sangsi..
simpan la kenangan yang abadi bersama keluarga..
keluarga la harta kita di dunia ni..
berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada di dunia..
jangan malu untuk cakap yang kita sayang pada mereka..
ni peringatan untuk KIC juga..
tiada ibu dan ayah..tiada lah kita di dunia ini..
masa KIC tulis entri ni..air mata KIC berlinangan teringat atok tersayang yang telah
kembali kepada-Nya seminggu yang lalu..
mungkin KIC tak sempat nak cakap kat atok yang KIC sayang sangat pada atok..=(
rasa rindu ni akan KIC semat dalam hati sampai bila2..

Al-Fatihah untuk atok KIC...

5 comments:

risa said...

alahai dear...sabar le banyak2
akak ni kalo nak ikutkan lagi lah nangis air mata darah pon takkan dapat ulang balik...
masa arwah ayah ada..hari2 lalu depan umah pon akak takmo singgah..sekarang ni bila dah takde..mesti nak singgah tengok mak..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

miss.Addin said...

betul tu, kadang kadang kita sedar yang betapa penting nya seseorang tu dalam hidup. bila dah hilang depan mata baru la nak tercari cari. humm

Al-Fatihah

cik najihah said...

yup..
bila sekali dah hilang baru terkilan..masa tu tak boleh buat apa2 dah

Myung Dae said...

EMMM,. betol tu. Kadang2 memang macam tu, Dah takde baru lah nak beringat. Harap2 kita bukan sebahagiaan daripada kejadian tersebut. Yang penting kita sayang semuanya. Pasti ALLAH lebih menyanyangi kita. TAKZIAH buat atok kamu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN .

Amira Chan said...

nice blog.

da follow :D

do follow me back ye. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...