Tuesday, May 3, 2011

Di bunuh kejam kerana tolak lamaran..

assalamulaikum u ol..


tengah hari tadi dengar berita terkini kat TV3..
terdengar pula tentang seorang wanita di bunuh kejam kerana lamaran si lelaki tu di tolak..
memang sangat kejam la..
jom la kita baca berita terkini ni..


ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan. mangsa adalah bekas pelajar UKM..

Kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.

Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangs.

Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor.
wanita yang dibunuh tu berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu..

sumber: Kosmo

takziah untuk keluarga mangsa..
kenapa la sampai bunuh membunuh..suspek tu dah la umur dah lanjut..
tapi ada hati nak kahwin dengan wanita tu..
dah la lamaran tu tak di terima..lepas tu di bunuh kejam pula tu..
orang dah tak nak tu dah la..betul tak...???
ni bukan setakat paksa tapi dah membunuh..
geram pula tiba2..

11 comments:

Unknown said...

kesiannya...
apa la orang tua tu..
patut sedar la sikit kenapa pompuan tu tak mo terima lamaran..
tapi pompuan tu pon 1.. yg dilayan laki tua tu wat pe... hmmm..

wanifatin ヽ(^o^)ノ said...

inilah akibat ble nafsu menguasai akal..iman yg ad pown mungkin cuma senipis kulit bwg..~ =)

cik gelong said...

2 la namanya tua kutuk task sedar diri...

KuNanGKuNanG said...

geramnye...kalau ye pun jgn la sampai membunuh..xde ati perut lgsung.

zhrhtoodem said...

erk.. takot nye. uni saya tuh. peh. bahaya zaman skang.

al-fatihah.

Taufik Jusoh said...

gila seks barangkali suspek ni! ish!

Addin said...

ish sampai macam tu , dah la berumur. aduhh susah betul kalau orang yang macam tu. nasib baik dia menyerah diri.

rudyson7 said...

Ini kes dua-dua pun salah. Yang sorang layan si tua pastu yang tua bila orang tak mau kasi bunuh plak .. adoi ...

najihahfara said...

huyo..ini dah kes seram dah ni huhu

arituarini said...

ni baru cinta monyet...yg bunuh tu monyet...hehe

Fernando Torres scores first goal

Anonymous said...

actually takleh salahkan pakcik tu gak. yg pmpuan tu gatai layan dia, dia suke la. kenal 6 tahun dah, mesti pmpuan tu dah banyak kikis duit pakcik tu. bila dah grad, pakcik tu ajak kawen, dia reject. sape tak bengang woo..ntah2 dia pasang boifren len yg lg muda. yela..apa kes nak kawen ngan pakcik yg sebaya ngan ayah dia. takat kikis duit bole la.
so, dua2 salah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...