Wednesday, May 25, 2011

IBU, kau ampuni lah DOSAKU..

assalamulaikum u ol..


KIC baru je lepas lunch..makan biasa2 je..lambatnya lunch..huhuhu
alhamdulillah..dapat mengenyangkan perut dengan jayanya..=p
tadi cuaca bukan main panas..sekarang dah mendung pula..
macam nak hujan..
sekarang ni memang cuaca tak menentu..
jap lagi mesti panas balik..

perut kenyang, hati pun senang..KIC nak kongsi cerita dengan korang semua..
berkenaan tajuk entri KIC petang2 ni..
lebih kepada hati dan perasaan seorang ibu..
agak emosional la pula..huhu..
sebab KIC ada baca berita tentang INI
tu yang terpanggil untuk post cerita ni..




tanpa kita sedar dah berpuluh-puluh tahun kita hidup kat dunia ni kan..
dari dalam perut ibu, kita dilahirkan ke dunia dan sampai la sekarang ni..
dari kecil sampai lah besar..
ada tu lebih besar dan lebih tinggi dari ibu kita..
korang je kot tak perasan..

kita di jaga dengan penuh kasih sayang, dibesarkan tanpa jemu dan penat..
tapi pernah tak kita terfikir, pernah tak kita sakiti hati ibu kita..?
pernah tak korang fikir semua tu..?
jika hati ibu kita terluka, susah untuk kita mengucap dua kalimah syahadah..
nauzubillah..minta di jauhkan dari hidup kita..

cuba kita renungkan dan kita tanya diri kita..
pernah tak kita lukakan hati insan yang melahirkan kita tu..?
sama ada melalui kata2 atau pun perbuatan kita..
mungkin kita tak sedar semua tu kan..
mungkin tak pernah terdetik pun persoalan macam tu..
dengan meninggikan suara pada ibu kita pun dah di kira dosa..
apatah lagi yang lain2..
rasa2 dah berapa banyak kali kita melawan kata2 ibu kita..
mungkin tak terkira kan..
mungkin dalam hati, mereka menangis..cuma kita je yang tak tau..
menitiskan air mata hanya kerana hatinya terluka dengan perbuatan kita..
tapi kita tak pernah sedar pun..kita abaikan perasaan ibu kita sendiri..




korang ingat lah..
walau sesiapa pun kita, walau sehebat mana pun kita..
walau berjaya setinggi langit pun..
tapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita..
maka tak ada lah keberkatan hidup..
tinggi betul darjat seorang ibu tu kan..
kita tak kan dapat keredhaan Allah kalau tak dapat keredhaan dari ibu kita tu..

betul la kata pepatah..
" seorang ibu boleh menjaga 10 anak,tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.."
hati ibu kita kena jaga..KIC pun banyak lukakan hati mak KIC..
mungkin tanpa di sedari dan tak sengaja..

tentang tanggungjawab anak lelaki pula..
1. pada Allah
2. Rasul
3. Ibu
4. Ibu mertua
5. Ayah
6. Ayah mertua
7. isteri

tengok pada tanggungjawab ni pun korang dah faham kan..
pada yang dah kahwin tu..jangan abaikan ibu korang ye..tak boleh nak lebih kan isteri sangat..huhu..
ingat sampai sekarang " syurga di bawah tapak kaki ibu "

kalau korang sayang ibu korang..
selalu lah amalkan doa ni..


YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU..
DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA, SEBAGAIMANA MEREKA MENDIDIKKU
SEWAKTU KECIL..


* rasa pilu hati ni masa post entri ni.......



4 comments:

Yaya Azura said...

yaya pun pilu baca entri nie..tak dapat bayangkan kalu tak de mak di sisi ...

Mar Yanie said...

sdey kan klu ade anak x kenang budi..bila kita dah ade anak sendiri aru sedar..T T

Addin said...

ibu yang paling utama kan :) ibu tiada penggantinya.

kemei said...

hargailah dan sayangi lah sementara ia masih ada~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...