Wednesday, May 25, 2011

Kerana di suruh SOLAT, dia sanggup menendang IBUNYA..

assalamulaikum u ol..

pagi ni baru dapat online semula..
malam tadi sangat2 penat lepas balik menjenguk mak di hospital..
baring je..mata terus lelap..
lepas menyiapkan kerja2 rumah..
mula lah menghadap laptop..
so nak kongsi cerita dengan korang tentang berita ini..


KUALA LUMPUR: Hanya kerana menasihatkan anak lelakinya supaya mengerjakan solat dan membaca al-Quran, sepasang suami isteri berusia awal 50-an cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya di Batu 4, Gombak, di sini, kelmarin.


Difahamkan, pasangan suami isteri itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anak lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan selepas bapanya menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat dan selalu membaca al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka. 


Menurut sumber, suspek yang bagaikan dirasuk hantu, tiba-tiba menyerang bapanya namun dihalang ibunya.Tersentak dengan itu, suspek dikatakan memarahi ibunya menyebabkan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu lebih 10 minit.


sanggup dia menendang ibu nya dan memukul ayahnya 
hanya kerana perkara kecil macam ni..
kerana disuruh perkara yang baik oleh ibu dan ayahnya..
tapi lain pula yang jadi..
perbuatan yang tak bermoral langsung..
takut nanti tak cium bau syurga..

tapi bagi KIC kadang kita kena berpegang juga pada pepatah ini
" melentur buluh biar dari rebungnya.. "
peribahasa ni lebih kurang maksudnya macam ni lah..
kalau hendak mendidik anak tu biar lah dari kecil..
masa tu hati dan pemikirannya masih lembut..
dari kecil la kita ajar anak2 tu perkara2 yang di tuntut..
kalau dah besar panjang baru nak dilentur..takut patah pula kan..
sebab dah keras..
korang faham kan maksud KIC ni..
kalau ada terkurang mintak maaf lah ye..
lama dah KIC tinggalkan buku BM..huhu..=p

apa2 pun KIC memang geram dengan berita ni..
sebagai anak memang sama sekali tak patut buat macam ni..
bukan setakat memukul atau menendang, meninggi suara pun dah berdosa..
minta2 semua ni di jauhkan dari kehidupan kita..


7 comments:

ADAM NARZUAN said...

Nauzubillah... ni sebenarnya dah kategori anak yang durhaka.. semoga ini kita dapat jadikan iktibar.. sayngilah ibu dan bapa kera mereka tida galang gantinya di dunia ini..Sepertimana firman Allah S.W.T “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Miss Candy Mandy said...

bwu je bce cter ni . . pg2 dengan mak mmg jahanam tol dak ni . soh solat kowt . . .
mslh tol , pasal ta solat r jd cmni

eB said...

aduh, dimaner la imannyer yer

najihahfara said...

anak2 zaman sekarang..makin takut..
hem semoga Allah membimbing kita semua

dilazfamily said...

derhaka sungguh anak itu. tak baik buat mak ayah cam tu. tak berbau syurgalah dia
bile baca cerita macam nie ingat semua pesan arwah emak

Unknown said...

apa nak jadi ni =)sanggup tendang ibu.ibu suruh solat kot bukan mencuri.derhaka sungguh

Addin said...

subhanallah . sampai macam tu sekali . ntah apa la budak tu fikir sanggup buat ibu bapa dia macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...