Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh : 7 jenazah dikebumikan dalam 1 liang lahad..


assalamualaikum..
ni berita yang KIC baru baca di akhbar tempatan..
susulan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim di Hulu Langat..
sebelum ni pun KIC ada post tentang tragedi ni..
klik SINI kalau nak tau lebih lanjut..

KUALA LUMPUR — Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit.
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (lapan), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd Zaid Azahari (14), Mohd Imal Fahad (sembilan) dan Mohd Hazim Sapri (10).
Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban..
moga roh mereka dicucuri rahmat Allah..
doakan juga untuk 9 lagi yang tercedera..moga mereka cepat sembuh..


5 comments:

eyna azmi said...

alfatihah ..semoga roh mereka di cucuri rahmat

Unknown said...

Al-fatihah ..

my true life story said...

Same-2lah kite doakan roh mereka .

Unknown said...

semoga roh mereka tenang di sana

Nadia Johari said...

smoga roh dicucir rahmat..Al-Fatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...